Carian Terkini
Kod MASCO
2423-22
Perbandingan
Eksekutif Latihan Industri Halal
Eksekutif Latihan Industri Halal bertanggungjawab dalam mengatur atau melaksanakan keperluan latihan dan pembangunan untuk sektor industri Halal dalam meningkatkan kemahiran, prestasi, produktiviti dan kualiti kerja pekerja.
Nama Alternatif
Tugasan
Menilai keperluan latihan masa depan dan semasa melalui perundingan dengan pengurus operasi di sektor industri Halal
Merangka latihan dan pembangunan secara keseluruhan atau individu yang memenuhi keperluan dan harapan
Menggunakan pelbagai kaedah latihan
Mencadangkan tindakan pembetulan terhadap masalah tertentu dalam program latihan tertentu
Mengekalkan pemahaman yang mendalam mengenai trend latihan, perkembangan dan amalan terbaik
Merangka dan mencadangkan latihan dan pembangunan keseluruhan atau individu
Mengenal dan menilai keperluan latihan masa depan dan semasa untuk industri Halal dan sektornya
Mengatur latihan mengikut anggaran yang diperuntukkan
Menjalankan sesi induksi dan orientasi yang berkesan
Memantau dan menilai keberkesanan program latihan, secara berkala dan melaporkannya kepada pihak pengurusan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • FB-075-5:2012
    Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
  • FB-077-5:2013
    Perundingan Sumber Manusia
  • 0031
    Kemahiran Personal
  • 0312
    Dasar Awam dan Sains Politik
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0417
    Kemahiran Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
Pemerolehan Bakat
kemahiran mencari dan memperoleh tenaga kerja mahir untuk keperluan organisasi dan untuk memenuhi sebarang keperluan buruh.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan perniagaan
kemahiran menguruskan penyelarasan dan aktiviti organisasi perniagaan.
Pengurusan Personel
kemahiran menguruskan sumber manusia.
Pengurusan Prestasi
kemahiran alat pengurusan korporat yang membantu pengurus memantau dan menilai kerja pekerja.
Sistem Integriti Halal
kemahiran menguruskan sistem yang memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan dan memastikan pengeluaran makanan halal dan berkualiti.
Center Image