Pengurus Dasar dan Perancangan
Pengurus Dasar dan Perancangan membangunkan, melaksanakan dan memantau perancangan strategik, program, dasar, proses, sistem dan prosedur untuk mencapai matlamat, objektif dan standard kerja. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, menyelaras dan memberi nasihat berkaitan dasar dan perancangan strategik dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan agensi swasta, atau menguruskan aktiviti-aktiviti perusahaan yang menyediakan perkhidmatan dasar dan perancangan strategik.