Carian Terkini
Kod MASCO
1214-10
Perbandingan
Pengurus Pematuhan Halal
Pengurus Pematuhan Halal bertanggungjawab memastikan piawaian halal dan sistem jaminan halal berjalan dengan baik di dalam operasi syarikat secara keseluruhan termasuk melaksanakan dasar pematuhan halal syarikat merangkumi bahan dan proses yang digunapakai.    
Nama Alternatif
Tugasan
Memastikan prosedur pematuhan halal dipatuhi di semua peringkat organisasi dengan menjalankan audit dalaman dan pemeriksaan.
Bertanggungjawab untuk memastikan sijil halal bagi barangan atau prosedur korporat tidak luput.
Mewujudkan garis panduan dan protokol bagi menjamin semua operasi perniagaan mematuhi piawaian halal meliputi prosedur pengeluaran syarikat, kawalan inventori, penyediaan makanan dan perkhidmatan lain.
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • HI-010-5:2013
    Pengurusan Pengauditan Halal
  • 0311
    Ekonomi
  • 0411
    Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0413
    Perbankan Dan Kewangan Islam
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
  • 0417
    Kemahiran Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis Strategik
kemahiran membangunkankan strategi untuk perniagaan dengan meneliti perniagaan dan persekitaran.
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Sistem Integriti Halal
kemahiran menguruskan sistem yang memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan dan memastikan pengeluaran makanan halal dan berkualiti.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Center Image