Carian Terkini
Kod MASCO
1214-16
Perbandingan
Pengurus Teknologi
Pengurus Teknologi merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
Nama Alternatif
Tugasan
Merancang mentadbir dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan
merancang dan mengurus jualan khas dan program pemasaran berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran
Merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan
Merancang dan mengarah operasi harian
Menjalankan tugas yang berkaitan
menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, peruntukan bajet promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi, atau dengan agensi luar
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • FB-081-5:2012
    Pengurusan Sistem Maklumat
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Analisis Strategik
kemahiran membangunkankan strategi untuk perniagaan dengan meneliti perniagaan dan persekitaran.
Bekerja dengan Komputer
kebolehan menggunakan komputer dan alat digital lain untuk membangun, memasang dan menyelenggara perisian dan infrastruktur ICT
Celik Internet
kemampuan untuk mengakses, menganalisis, menilai dan membuat kandungan dalam talian.
Pengeluaran dan Pemprosesan
kemahiran mengurus bahan mentah, proses pengeluaran, kawalan kualiti, kos, dan proses lain untuk memaksimumkan pengeluaran.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Center Image