Carian Terkini
Kod MASCO
1222-01
Perbandingan
Pengurus Pengiklanan
Pengurus Pengiklanan merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam bagi perusahaan atau organisasi berkenaan. Mereka merundingkan kontrak pengiklanan dengan pegawai akhbar, stesen radio dan televisyen, pertubuhan sukan dan kebudayaan, dan agensi pengiklanan.
Nama Alternatif
Tugasan
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
Merancang dan mengarah operasi harian
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan badan luar
menjalankan tugas yang berkaitan
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Merundingkan kontrak pengiklanan dengan pegawai akhbar, stesen radio dan televisyen, pertubuhan sukan dan kebudayaan, dan agensi pengiklanan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam bagi perusahaan atau organisasi berkenaan
Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap
Menentukan dan mengarah operasi dan prosedur pentadbiran
Merancang dan menguruskan program penerangan kepada pegawai undang-undang, media massa, dan orang awam tentang rancangan, pencapaian dan pandangan perusahaan, atau organisasi berkenaan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • C
    Pembuatan
  • FB-018-5:2012
    Pengurusan Jualan & Pemasaran
  • FB-019-5:2012
    Pengurusan Pengiklanan & Promosi
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • 0323
    Media dan Komunikasi
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Celik Internet
kemampuan untuk mengakses, menganalisis, menilai dan membuat kandungan dalam talian.
Pengiklanan Dalam Talian
kemahiran menguruskan media sosial.
Pengiklanan Digital
kemahiran dalam bidang pemasaran dan periklanan yang menggunakan Internet untuk menghebahkan promosi kepada pengguna.
Pengurusan Belanjawan
kemahiran mengurus dan menjejaki pendapatan dan perbelanjaan.
Pengurusan Jualan
kemahiran menggunakan teknik penjualan praktikal dan pengurusan operasi jualan firma.
Pengurusan perniagaan
kemahiran menguruskan penyelarasan dan aktiviti organisasi perniagaan.
Center Image