Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2263-32
Eksekutif Halal, Pengilangan Makanan Halal
Eksekutif Halal, Pengilangan Makanan Halal bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua hal berkaitan Halal yang memfokuskan pada proses pensijilan Halal pengeluaran makanan, dan melakukan audit dan latihan Halal serta pemantauan pemprosesan makanan Halal hingga pembungkusan. Peranan ini berlaku dalam pelbagai persekitaran pemprosesan makanan seperti dalam pengeluaran makanan sejuk beku, pengeluaran makanan, pengeluaran minuman, roti dan gula-gula.
2263-33
Eksekutif Halal, Rumah Sembelih
Eksekutif Halal, Rumah Sembelih bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua operasi penyembelihan dan hal-hal berkaitan Halal yang memfokuskan pada proses pensijilan Halal di rumah penyembelihan, dan melakukan audit dan latihan Halal. membantu peranan sekretariat untuk mesyuarat Jawatankuasa Halal Dalaman.
2263-34
Eksekutif Halal, Pemprosesan Daging
Eksekutif Halal, Pemprosesan Daging bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua hal berkaitan Halal yang memfokuskan pada proses pensijilan Halal pemprosesan daging, dan melakukan audit dan latihan Halal serta pemantauan pemprosesan daging Halal hingga pembungkusan. Peranan lain adalah bertindak sebagai setiausaha untuk mesyuarat Jawatankuasa Halal Dalaman.
2263-35
Eksekutif Halal, Operasi Logistik
Eksekutif Halal, Operasi Logistik bertanggungjawab untuk pelaksanaan keseluruhan operasi Halal termasuk perancangan, penyelarasan logistik dan aktiviti pengangkutan. Peranan pekerjaan ini terdapat dalam pelbagai jenis perkhidmatan pergudangan seperti gudang biasa atau gudang suhu terkawal yang dipatuhi Halal.
2263-37
Ahli Teknologi Makanan dan Minuman
Ahli Teknologi Makanan dan Minuman menilai, merancang dan melaksanakan program-program bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal faktor persekitaran yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan manusia untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat, dan untuk mencegah penyakit atau kecederaan yang disebabkan oleh agen kimia, fizikal, radiologi dan biologi atau faktor ergonomik.
2263-40
Pegawai Penguatkuasaan, Industri Halal
Pegawai Penguatkuasaan, Industri Halal bertanggungjawab dalam membantu Juruaudit dan Eksekutif Halal dalam memastikan Sektor Industri Halal mengamalkan pematuhan Halal terhadap piawaian dan peraturan sepanjang masa dengan melakukan lawatan ke lokasi untuk pemeriksaan.
2263-41
Jurutera Tapak Pelupusan
Jurutera Tapak Pelupusan memantau operasi pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan sanitari dan penyelenggaraan tapak pelupusan<br>peralatan.
2263-43
Orang Yang Kompeten (OYK) - Lif Gred 1
Orang Yang Kompeten (OYK) - Lif Gred 1 memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang lain semasa kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan dan pemeriksaan lif, escalator dan dumbwaiter. Mereka memaklumakan kepada Jabatan tentang sebarang kemalangan atau kejadian yang melibatkan lif di bawah jagaannya.&nbsp;SIJIL:Surat Pendaftaran OYK Lif Gred 1&nbsp;KELAYAKAN MINIMUM DAN TEMPOH KURSUS:a) Sarjana Muda Kejuruteraan dan pengalaman kerja berkaitan &nbsp; &nbsp; sekurang-kurangya 5 tahun; ataub) Diploma Kejuruteraan dan pengalaman kerja berkaitan sekurang-kurangya 10 tahunc) Menghadiri Latihan Bersama syarikat prinsipald) Berdaftar dengan Board Of Engineers Malaysia (BEM)e) Lulus Peperiksaan dan Temuduga yang diselia oleh Jabatan&nbsp;
2263-44
Orang Yang Kompeten (OYK) - Major Hazard
Orang Yang Kompeten (OYK) - &nbsp;Major Hazard bertanggungjawab untuk menyediakan &nbsp;rundingan bagi mengawal&nbsp;bahaya&nbsp;kemalangan&nbsp;besar kepada&nbsp;pengilang yang&nbsp;menyimpan, mengendali&nbsp;dan memproses&nbsp;bahan berbahaya&nbsp;yang&nbsp;melebihi&nbsp;daripada kuantiti&nbsp;ambang yang&nbsp;dinyatakan&nbsp;dalam Peraturan- Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar dalam Perindustrian)1996.&nbsp;SIJIL:a) Sijil Pendaftaran Orang Kompeten (Major Hazard)&nbsp;KELAYAKAN MINIMUM DAN TEMPOH KURSUS:a) Memegang&nbsp;ijazah atau yang setaraf dalam salah satu bidang berikut: kejuruteraan, fizik, kimia, biokimia&nbsp;atau sains gunaan dari Universiti yang diiktirafb) Pengalaman kerja berkaitan tidak kurang (5) tahun dalam bidang kawalan Pemgurusan Kemalangan Bahaya Besarc) Pengalaman praktikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tugas-tugas yang relevan dengan penyediaan laporan Aktiviti Industri (dokumen baru atau dokumen kemaskini) dan Pelan Kecemasan Tapak (dokumen baru atau dokumen kemaskini)d) Pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Pengurusan Kemalangan Bahaya Besar termasuk Penilaian risiko (Quantitative Risk Assessment)e) Lulus temuduga yang ditetapkan
2263-50
Penguji Gas Bertauliah & Penyelia Kemasukan
Penguji Gas Bertauliah &amp; Penyelia Kemasukan menjalankan pengujian gas di tempat kerja dan menyelia aktiviti kemasukan pekerja ke dalam ruang terkurung.&nbsp;
2433-14
Pakar Aplikasi (Hematologi)
Pakar Aplikasi (Hematologi) menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan yang berkaitan dengan aplikasi / set aplikasi hematologi. Mereka menambah baik, menasihat atau mengaplikasikan kaedah operasi khusus dalam penjualan produk perubatan dan penjagaan kesihatan hematologi termasuk pemasangan kelengkapan dan produk teknikal, dan menyediakan maklumat khusus seperti yang diperlukan.
3111-32
Juruteknik Makmal
Juruteknik Makmal melakukan ujian klinikal ke atas cecair badan dan spesimen tisu untuk mendapatkan maklumat tentang kesihatan pesakit atau punca kematian.
3116-01
Juruteknik Kejuruteraan Kimia
Juruteknik Kejuruteraan Kimia melaksanakan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, &nbsp;reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.
3116-02
Juruteknik Kejuruteraan Proses Kimia
Juruteknik Kejuruteraan Proses Kimia melaksanakan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.
3116-03
Juruteknik Kejuruteraan Petroleum
Juruteknik Kejuruteraan Petroleum menemui takungan petroleum baharu, membangunkan kaedah pemulihan petroleum yang cekap kos, berkesan, mengekstrak dan mengeluarkan minyak dan gas daripada takungan bawah tanah, dan membangunkan cara baharu untuk mengekstrak minyak dan gas daripada takungan lama.
3116-04
Ahli Teknologi Minyak
Ahli Teknologi Minyak melaksanakan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.
3116-05
Juruteknik Kejuruteraan Kimia (Petroleum)
Juruteknik Kejuruteraan Kimia (Petroleum) &nbsp;bertanggungjawab untuk pelbagai tugas yang berkaitan dengan pengekstrakan, pemprosesan, dan penjualan produk petroleum.
3116-06
Juruteknik Penapisan Petroleum
Juruteknik Penapisan Petroleum bertanggungjawab untuk mengendalikan kilang penapis petroleum serta mengekalkan kemudahan yang selamat, diyakini dan mesra alam sekitar.
3116-07
Pembantu Makmal Penapisan Petroleum
Pembantu Makmal Penapisan Petroleum melaksanakan pelbagai aktiviti ujian fizikal, rutin dan bukan rutin dengan cara yang selamat dan tepat pada masanya, bertujuan menyediakan data yang tepat untuk kawalan proses yang berkesan dan penggabungan produk siap serta pensijilan.
3116-09
Penganggar Kejuruteraan Kimia
Penganggar Kejuruteraan Kimia bertanggungjawab menganggarkan kos projek, termasuk kos untuk bahan mentah, tenaga buruh, dan peralatan sewa.
← Kembali