Carian Terkini
Kod MASCO
3116-02
Perbandingan
Juruteknik Kejuruteraan Proses Kimia
STEM
Juruteknik Kejuruteraan Proses Kimia melaksanakan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.
Nama Alternatif
Tugasan
Melakukan semua langkah yang diperlukan untuk mengekalkan keseimbangan kimia atau campuran bahan yang betul
Menyelenggara semua rekod yang berkaitan dengan proses dan bahan kimia yang digunakan
Menyelenggara dan menyimpan semua alat, instrumen, peranti pengukur dan peralatan yang berkaitan dengan selamat untuk memastikan fungsi yang tepat
Menjalankan ujian proses kimia, mengambil dan mengukur sampel pada skala dan peringkat tertentu
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • 0711
    Kejuruteraan Kimia dan Proses
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0714
    Mekanik dan Tred Logam
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis Instrumen
kemahiran dalam bidang kimia analitik yang menyiasat analit menggunakan instrumen saintifik.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Penyeliaan
kemahiran mengarahkan, mengurus atau penyeliaan.
Membaiki
kemahiran membaiki mesin atau sistem menggunakan alat yang diperlukan.
Operasi dan Kawalan
kemahiran mengawal operasi peralatan atau sistem.
Operasi Kawalan Kualiti
kemahiran merancang strategi pembangunan dan pelaksanaan standard kualiti
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Center Image