Carian Terkini
Kod MASCO
4225-06
Perbandingan
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred 14
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred 14 melayani pertanyaan peribadi, bertulis dan mel elektronik, serta menjawab pertanyaan dan aduan melalui telefon berhubung dengan barangan, perkhidmatan atau dasar organisasi serta menyediakan maklumat dan merujuk kepada sumber lain. Mereka ditempatkan di premis yang membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan pelanggan.
Nama Alternatif
Tugasan
menjawab pertanyaan tentang perkhidmatan dan dasar
bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon
menyediakan maklumat tentang kemudahan yang disediakan, lokasi, harga dan isu yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugasan yang berkaitan
merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/ tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/ tetamu
memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, dan membantu pelanggan/ tetamu yang berurusan sehingga isu berbangkit selesai
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • M702-001-2:2019
    Khidmat Sokongan Operasi Pengalaman Pelanggan
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0323
    Media dan Komunikasi
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pangkalan Data
kemahiran untuk memanipulasi dan mengawal data untuk memenuhi syarat-syarat yang diperlukan sepanjang kitaran hayat data
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image