Carian Terkini
Kod MASCO
2916-04
Perbandingan
Pegawai Keselamatan Gred KP41
Pegawai Keselamatan Gred KP41 memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan serta arahan mengenai keselamatan perlindungan kepada agensi kerajaan dan sasaran penting serta kawasan larangan dan tempat larangan termasuk sektor swasta yang berkaitan untuk mengekal dan mempertingkatkan tahap keselamatan fizikal, dokumen, peribadi, keselamatan perlindungan ICT dengan tujuan melindungi aset dan rahsia rasmi daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan.
Nama Alternatif
Tugasan
Menentukan pelaksanaan dasar dan pengeluaran pas-pas keselamatan, kad pengenalan jabatan, kad kuasa dan kad pelantikan
Mengurus dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan keselamatan ICT sektor awam
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
merancang, merumus,menyelaras, melaksana, memberi khidmat nasihat, memantau dan menguatkuasakan sistem kawalan keselamatan perlindungan yang meliputi bidang tugas mengenai perkara-perkara dasar bagi menentu dan memastikan Keselamatan fizikal premis atau tempat yang digunakan agensi kerajaan yang menguruskan perkara-perkara rasmi dan rahsia rasmi
Mengkaji, memperaku dan menasihati tindakan yang perlu diambil terhadap penjawat awam yang mempunyai rekod buruk
Memberi khidmat nasihat bercorak teknikal kepada Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-jabatan Kerajaan berkaitan masalah-masalah keselamatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0421
    Undang-Undang
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  • 1031
    Ketenteraan dan Pertahanan
  • 1032
    Perlindungan Orang dan Harta Benda
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Kemahiran Memproses Peraturan
kemahiran menyediakan laporan atau penyata, permohonan permit, pendengaran awam, dan pengeluaran permit.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Center Image