- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
29
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Kecil
291
Profesional Badan Pengawalaturan
Kumpulan Unit
2911
Profesional Inspektor Kastam Dan Sempadan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2911
Perbandingan
Profesional Inspektor Kastam Dan Sempadan
Profesional Inspektor Kastam dan Sempadan memeriksa orang dan kenderaan yang melintasi sempadan negara untuk mentadbir dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang kerajaan yang berkaitan.

Nama Alternatif
Tugasan
mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta Cukai Jualan dan Cukai
Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/ perkhidmatan
memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam dan memproses permohonan remisi cukai
menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/ individu yang
melakukan penyelewengan/ penyeludupan dan menjalankan lain-lain tugas penguatkuasaan
memeriksa kargo, bagasi dan barang peribadi yang memasuki atau meninggalkan negara
menyiasat permohonan pemulangan duti dan rayuan bagi pelepasan atau pengurangan penalti sekiranya wajar
menahan orang yang didapati melanggar undang-undang kastam dan imigresen serta mengatur
tindakan undang-undang seperti penghantaran pulang
memeriksa, mengesahkan, mengeluarkan pas atau dokumen perjalanan
mencari dan merampas penyeludupan atau barangan yang tidak diisytiharkan termasuk kenderaan,
pesawat udara atau bot yang mengandungi barangan seumpamanya
memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/ cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/ pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/ eksport di pintu-pintu masuk/ keluar negara, zon-zon bebas cukai dan gudang-gudang berlesen
memproses permohonan lesen gudang eksais, gudang berlesen dan gudang- pengilangan berlesen
Kursus Yang Berkaitan