Carian Terkini
Kod MASCO
2912
Bandingkan
Profesional Pegawai Percukaian Dan Eksais
Profesional Pegawai Percukaian dan Eksais memeriksa pulangan cukai, bil jualan dan dokumen lain untuk menentukan jenis dan jumlah cukai, duti dan lain-lain yuran yang perlu dibayar oleh individu atau perniagaan, dan merujuk kes-kes yang luar biasa atau yang penting kepada akauntan, pegawai kanan kerajaan atau pengurus.
Nama Alternatif
Tugasan
menggunakan undang-undang percukaian terhadap syarikat, perkongsian, organisasi dan individu
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menyemak secara terperinci akaun perniagaan untuk memastikan undang-undang cukai digunakan dengan betul
memeriksa penyata cukai, bil jualan dan lain-lain dokumen yang berkaitan untuk menentukan jenis dan jumlah cukai, dan pekerjaan serta lain-lain jenis yuran yang perlu dibayar
menjalankan tugas yang berkaitan
menasihati organisasi, perusahaan dan orang ramai mengenai undang-undang kerajaan, undang- undang dan peraturan-peraturan berkenaan penentuan dan pembayaran cukai, duti dan pengenaan bayaran kerajaan yang lain
memberi nasihat tentang hal percukaian kepada syarikat, perkongsian, organisasi dan individu
menyiasat penyata fail cukai dan rekod-rekod perakaunan, sistem dan kawalan dalaman organisasi untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan cukai
melaksanakan tugas-tugas pentadbiran berkaitan dengan penemuan dokumen dan menyelenggara rekod dan laporan mengenai tindakan yang diambil bagi kes-kes
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan