- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains Dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2132
Bandingkan
Penasihat Perladangan, Pertanian, Perhutanan, Dan Perikanan
TVET
Penasihat Perladangan, Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
Nama Alternatif
Tugasan
mengikuti perkembangan kemajuan mengenai kaedah dan teknik perladangan, perhutanan, dan
perikanan
merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pengembangan, didikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal
merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-
peraturan dan dasar-dasar kerajaan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
menjalankan tugas yang berkaitan
bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan,
pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya
mengadakan demonstrasi, memberi ceramah, penulisan dan mengagihkan bahan untuk
menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaharui
menggunakan pengetahuan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kerja mereka
mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk
projek
melawat ladang dan memberi khidmat nasihat tentang langkah untuk menangani masalah seperti
hakisan tanah atau serangan perosak
memberi khidmat nasihat mengenai cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2132-01
Pegawai Perikanan Gred G41
2132-02
Pemelihara Hutan Gred G41
2132-03
Pegawai Pertanian Gred G41
2132-04
Pegawai Rancangan Tanah Gred G41
2132-05
Pegawai Pertanian
2132-06
Penasihat Penanaman
2132-09
Pendemonstrasi Ladang
2132-10
Pegawai Perhutanan
2132-11
Pegawai Pemulihara Hutan
2132-13
Eksekutif Ladang Pertanian
2132-14
Eksekutif Akuakultur
2132-15
Eksekutif Perladangan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)