- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains Dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
213
Profesional Sains Hayat
Kumpulan Unit Kecil
2132-01
Pegawai Perikanan Gred G41
2132-02
Pemelihara Hutan Gred G41
2132-03
Pegawai Pertanian Gred G41
2132-04
Pegawai Rancangan Tanah Gred G41
2132-05
Pegawai Pertanian
2132-06
Penasihat Penanaman
2132-07
Penasihat Perladangan
2132-08
Penasihat Pertanian
2132-09
Pendemonstrasi Ladang
2132-10
Pegawai Perhutanan
2132-11
Pegawai Pemulihara Hutan
2132-12
Penasihat Perhutanan
2132-13
Eksekutif Ladang Pertanian
2132-14
Eksekutif Akuakultur
2132-15
Eksekutif Perladangan
Kod MASCO
2132-06
Perbandingan
Penasihat Penanaman
STEM
GREEn
Penasihat Penanaman mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar

Nama Alternatif
Penasihat Pertanian
Penasihat Perhutanan
Penasihat Perladangan
Tugasan
menggunakan pengetahuan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam kerja mereka
mengadakan demonstrasi, memberi ceramah, penulisan dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaharui
mengikuti perkembangan kaedah dan teknik pertanian dan perhutanan mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek
melawat ladang dan memberi khidmat nasihat tentang langkah untuk menangani masalah seperti
hakisan tanah atau serangan perosak
menawarkan nasihat tentang cara meningkatkan kualiti keluaran, meningkatkan hasil dan langkah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar
merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti penanaman supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
APertanian, Perhutanan Dan Perikanan
-
RB-081-4:2012Pentadbiran Penanaman Kelapa Sawit
-
0414Pengurusan Dan Pentadbiran
-
0821Perhutanan
-
0522Persekitaran Semula Jadi dan Hidupan Liar
-
0811Penghasilan Tanaman dan Ternakan
-
0812Hortikultur
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.

Kursus Yang Berkaitan