Carian Terkini
Kod MASCO
2132-02
Perbandingan
Pemelihara Hutan Gred G41
STEM
GREEn
Pemelihara Hutan Gred G41 bertanggungjawab merancang, menyelia, mengurus dan mengawal sumber hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara berkekalan termasuk melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat.  
Nama Alternatif
Tugasan
Menguatkuasakan undang-undang hutan
Menyedia dan menyelaras projek perancangan dan pembangunan hutan
Mengendalikan audit dalaman MS ISO dan Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I)
Mengendalikan latihan dan kursus jabatan
Menjalankan penyelidikan dan kajian-kajian ekonomi perhutanan
Melibatkan diri dalam persidangan antarabangsa berkaitan dengan perhutanan
Memberi khidmat nasihat berkaitan hal perhutanan di peringkat persekutuan dan negeri
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0821
    Perhutanan
  • 0522
    Persekitaran Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
  • 0812
    Hortikultur
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Center Image