Carian Terkini
Kod MASCO
2132-04
Perbandingan
Pegawai Rancangan Tanah Gred G41
STEM
Pegawai Rancangan Tanah Gred G41 bertanggungjawab menguruskan Pejabat Rancangan serta merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti kerja untuk urusan pentadbiran, urusan kebun, urusan peneroka, dan urusan pembangunan usahawan, menganggotai jawatankuasa yang berkaitan dan menyediakan laporan-laporan dan analisis berhubung dengan prestasi Rancangan.
Nama Alternatif
Tugasan
Merancang program sektor pertanian (pertanian, perikanan, haiwan dan perhutanan) ke arah mempertingkatkan daya pengeluaran hasil sektor pertanian
Mengawas dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor pertanian
Memajukan sektor pertanian melalui penggunaan teknologi moden dan kaedah yang saintifik
Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan
Mengawal penyakit dan musuh pertanian dan yang berkaitan
Memberi khidmat kepakaran serta tunjuk ajar petani, penternak dan nelayan
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0821
    Perhutanan
  • 0522
    Persekitaran Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
  • 0812
    Hortikultur
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Center Image