Carian Terkini
Kod MASCO
2132-05
Perbandingan
Pegawai Pertanian
STEM
Pegawai Pertanian mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
Nama Alternatif
Tugasan
melawat ladang dan memberi khidmat nasihat tentang langkah untuk menangani masalah seperti hakisan tanah atau serangan perosak
memberi khidmat nasihat mengenai cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar
mengikuti perkembangan kemajuan mengenai kaedah dan teknik perladangan, perhutanan, dan perikanan
bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya
merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan
merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal
menggunakan pengetahuan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kerja mereka
mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek
mengadakan demonstrasi, memberi ceramah, penulisan dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaharui
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0821
    Perhutanan
  • 0522
    Persekitaran Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
  • 0812
    Hortikultur
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Center Image