Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-20
Bandingkan
Pengurus Pangkalan Data
STEM
Pengurus Pangkalan Data membangunkan dan menyelenggara pangkalan data organisasi. Mereka mencipta sistem penyimpanan dan mendapatkan semula data, menyelesaikan masalah pangkalan data, dan melaksanakan prosedur pemulihan pangkalan data dan protokol keselamatan.
Nama Alternatif
Tugasan
Meningkatkan kebolehskalaan dan prestasi seni bina pangkalan data sedia ada
Melindungi data dengan membangunkan dasar, prosedur dan kawalan keselamatan dan pemulihan data
Membangunkan struktur dan ciri pangkalan data mengikut keperluan organisasi
Melaksanakan penyelenggaraan pangkalan data, migrasi, dan menaik taraf perkakasan dan perisian
Menjalankan ujian diagnostik dan menilai metrik prestasi
Membangunkan prosedur untuk memastikan integriti dan kualiti data
membangunkan dan menyelenggara pangkalan data organisasi
mencipta sistem penyimpanan dan mendapatkan semula data, menyelesaikan masalah pangkalan data, dan melaksanakan prosedur pemulihan pangkalan data
Mendokumentasikan proses dan mematuhi amalan terbaik dalam pengurusan pangkalan data
Mengikuti perkembangan dan trend dalam pengurusan pangkalan data
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-081-5:2012
    Pengurusan Sistem Maklumat
  • IT-020-5:2013
    Pengurusan Sistem Komputer
  • IT-121-5:2011
    Pengaturcaraan Database
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
  • 0612
    Kejuruteraan Perisian
  • 0613
    Sains Komputer
  • 0614
    Penggunaan Komputer
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis Data
kemahiran memeriksa, membersihkan, mengubah dan memodelkan data untuk mendapatkan maklumat yang berguna, membuat kesimpulan dan menyokong pembuatan keputusan.
Celik ICT
kebolehan untuk mencari, menganalisis, menilai, mengatur, membuat, menggunakan, mengurus dan menyampaikan maklumat untuk menyelesaikan masalah berkaitan ICT.
Pembelajaran Mesin
kemahiran dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang menyediakan sistem keupayaan untuk belajar secara automatik.
Penilaian Keselamatan Siber
kemahiran mengenal pasti tahap risiko keselamatan siber dan menentukan kematangan program keselamatan siber mereka.
Pentadbiran Pangkalan Data
kemahiran dalam mengurus dan menyelenggara perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS).
Perlindungan Pengurusan Data
kemahiran pengurusan dan pemantauan perkhidmatan sandaran serta perlindungan data rangkaian komputer atau persekitaran IT.
Reka Bentuk dan Migrasi Data
kemahiran mereka bentuk model pangkalan data dan memindahkan data dari pangkalan data sumber ke pangkalan data yang disasarkan.
Tadbir Urus Data
kemahiran mengurus ketersediaan, kegunaan, integriti dan keamanan data dalam sistem berdasarkan piawaian.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan