Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2174-05
Eksekutif Perancangan Bengkel, Pesawat
Eksekutif Perancangan Bengkel, Pesawat adalah seorang profesional yang bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaraskan aktiviti dalam bengkel penyelenggaraan pesawat. Peranan ini melibatkan penyeliaan penjadualan tugas penyelenggaraan, memperuntukkan sumber, dan memastikan pesawat diselenggara mengikut keperluan kawal selia dan piawaian industri.
2174-06
Eksekutif Rekod Teknikal, Pesawat
Eksekutif Rekod Teknikal, Pesawat merujuk kepada profesional yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggara rekod teknikal dan dokumentasi yang berkaitan dengan penyelenggaraan pesawat, pemeriksaan, pembaikan dan pengubahsuaian. Peranan ini penting untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan penerbangan, menjejaki kelayakan udara pesawat, dan menyediakan rekod sejarah yang tepat.
2174-07
Pentadbir Rekod Teknikal, Pesawat
Pentadbir Rekod Teknikal, Pesawat ialah seorang profesional yang bertanggungjawab untuk organisasi, pengurusan, dan penyelenggaraan rekod teknikal dan dokumentasi yang berkaitan dengan penyelenggaraan, pembaikan dan pengubahsuaian pesawat. Peranan ini penting untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan penerbangan, menyokong pensijilan kelayakan udara, dan menyediakan rekod sejarah yang tepat untuk setiap pesawat.
2174-08
Pengawal Bahan Kanan, Pesawat
Pengawal Bahan Kanan, Pesawat ialah seorang profesional peringkat kanan yang bertanggungjawab untuk menyelia dan mengurus inventori dan aliran bahan dalam persekitaran penyelenggaraan dan operasi penerbangan. Peranan ini penting untuk memastikan bahagian dan bahan yang betul tersedia apabila diperlukan untuk menyokong penyelenggaraan pesawat, pembaikan dan keperluan operasi keseluruhan.
2175-01
Pegawai Operasi Kereta api dan Lokomotif
Pegawai Operasi Kereta api dan Lokomotif mengarah pergerakan kereta api/ lokomotif di daratan menggunakan radio, radar dan sistem pencahayaan, serta menyediakan maklumat yang berkaitan dengan operasi kereta api/ lokomotif.
2263-01
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41
Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41 bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program, iaitu Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vekto, Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kawalan Mutu Air Minuman, Perundangan dan Penguatkuasaan, Pengurusan dan Analisis Data, Promosi Kesihatan dan Risiko Komunikasi). Mereka merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik, penyelidikan dan pembangunan serta merancang program intervensi.
2263-06
Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan melaksanakan rancangan untuk penambahbaikan persekitaran dan budaya kerja. Mereka menilai risiko dan menemu bual pekerja untuk memastikan persekitaran kerja mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan, serta memastikan interaksi di tempat kerja berlaku secara positif dan produktif. Jika bekerja di kemudahan penjagaan kesihatan, pegawai kesihatan dan keselamatan perlu menyiasat jangkitan yang merebak ke seluruh kemudahan dan menasihati semua pekerja cara memerangi dan mencegah jangkitan. Tambahan pula fizik kesihatan digunakan di kemudahan di mana orang ramai terdedah kepada sinaran mengion seperti loji kuasa nuklear dan institusi penyelidikan.
2263-20
Penasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Penasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan menilai, merancang dan melaksanakan program-program bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal faktor persekitaran yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan manusia untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat, dan untuk mencegah penyakit atau kecederaan yang disebabkan oleh agen kimia, fizikal, radiologi dan biologi atau faktor ergonomik.
2263-24
Orang Yang Kompeten (OYK) - Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan
Orang Yang Kompeten (OYK) - Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan menjalankan pengujian gas di tempat kerja & menyelia aktiviti kemasukan ke dalam ruang terkurung.  SIJIL:a) Sijil Pendaftaran Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan  KELAYAKAN MINIMUM DAN TEMPOH KURSUS:Pilihan 1:a) Mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan setara dan kredit dalam subjek Sains atau sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains;b) Mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang ruang terkurung; danc) Hadir kursus dan lulus peperiksaan Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan (AGTES) di penyedia latihan yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pilihan 2:a) Mempunyai 10 tahun pengalaman kerja dalam bidang ruang terkurung b) Hadir kursus dan lulus peperiksaan Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan (AGTES) di penyedia latihan yang berdaftar dengan Ketua Pengarah; danc) Lulus sesi penilaian/temuduga/verifikasi yang dijalankan oleh JKKP 
2263-25
Orang Yang Kompeten (OYK) - Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ)
Orang Yang Kompeten (OYK) - Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ) memberikan perkhidmatan penaksiran kualiti udara dalaman di tempat kerja berdasarkan permintaan pemilik bangunan. SIJIL:a) Sijil Penaksiran Kualiti Udara Dalaman (IAQ) KELAYAKAN MINIMUM DAN TEMPOH KURSUS:i/  Diploma Kejuruteraan atau Diploma Sains / Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang diiktiraf oleh MQA dan a)Hadir kursus dan lulus peperiksaan Penaksiran Kualiti Udara Dalaman yang dikendalikan oleh penyedia latihan berdaftarb)Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang KKP ii/ Penaksir Risiko Kimia / Juruteknologi Higien 1 yang telah Hadir kursus dan lulus peperiksaan Penaksiran Kualiti Udara Dalaman yang dikendalikan oleh penyedia latihan berdaftara) Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang KKP iii/ Mana-mana kekompetenan kualiti udara dalaman setara yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah JKKPa)Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang KKP
2263-27
Orang Yang Kompeten (OYK) - Pengapit
Orang Yang Kompeten (OYK) - Pengapit  memberikan perkhidmatan penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja berdasarkan permintaan majikan. SIJIL:a) Sijil Pendaftaran Penaksir Risiko Kimia KELAYAKAN MINIMUM DAN TEMPOH KURSUS:i/ Diploma Kejuruteraan atau Diploma Sains / Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)/ Diploma Higien Industri yang diiktiraf oleh MQA dana) Hadir kursus dan lulus peperiksaan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan yang dikendalikan oleh penyedia latihan berdaftarb) Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang KKP ii/ Diiktiraf sebagai Industrial Hygienist atau Occupational Hygienist oleh badan yang diiktiraf oleh JKKPa) Lulus Peperiksaan Kertas 2 Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan di penyedia latihan berdaftarb) Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang KKP  
2263-28
Orang Kompeten Pengurusan Sisa
Orang Kompeten Pengurusan Sisa menilai, merancang dan melaksanakan program-program bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal faktor persekitaran yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan manusia untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat, dan untuk mencegah penyakit atau kecederaan yang disebabkan oleh agen kimia, fizikal, radiologi dan biologi atau faktor ergonomik.
2263-29
Juruaudit Bangunan
Juruaudit Bangunan menilai, merancang dan melaksanakan program-program bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal faktor persekitaran yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan manusia untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat, dan untuk mencegah penyakit atau kecederaan yang disebabkan oleh agen kimia, fizikal, radiologi dan biologi atau faktor ergonomik.
2263-30
Pegawai Teknologi Makanan Gred C41
Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Mereka juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti surveilan dan analisis risiko keselamatan makanan,codex dan standard, dasar keselamatan makanan, pensijilan halal dan memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS.
2263-31
Eksekutif Halal
Eksekutif Halal bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua hal berkaitan produk Halal yang memfokuskan pada proses pensijilan Halal, dan melakukan audit dan latihan Halal serta pemantauan pemprosesan produk Halal hingga pembungkusan.
2263-32
Eksekutif Halal, Pengilangan Makanan Halal
Eksekutif Halal, Pengilangan Makanan Halal bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua hal berkaitan Halal yang memfokuskan pada proses pensijilan Halal pengeluaran makanan, dan melakukan audit dan latihan Halal serta pemantauan pemprosesan makanan Halal hingga pembungkusan. Peranan ini berlaku dalam pelbagai persekitaran pemprosesan makanan seperti dalam pengeluaran makanan sejuk beku, pengeluaran makanan, pengeluaran minuman, roti dan gula-gula.
2263-33
Eksekutif Halal, Rumah Sembelih
Eksekutif Halal, Rumah Sembelih bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua operasi penyembelihan dan hal-hal berkaitan Halal yang memfokuskan pada proses pensijilan Halal di rumah penyembelihan, dan melakukan audit dan latihan Halal. membantu peranan sekretariat untuk mesyuarat Jawatankuasa Halal Dalaman.
2263-34
Eksekutif Halal, Pemprosesan Daging
Eksekutif Halal, Pemprosesan Daging bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua hal berkaitan Halal yang memfokuskan pada proses pensijilan Halal pemprosesan daging, dan melakukan audit dan latihan Halal serta pemantauan pemprosesan daging Halal hingga pembungkusan. Peranan lain adalah bertindak sebagai setiausaha untuk mesyuarat Jawatankuasa Halal Dalaman.
2263-35
Eksekutif Halal, Operasi Logistik
Eksekutif Halal, Operasi Logistik bertanggungjawab untuk pelaksanaan keseluruhan operasi Halal termasuk perancangan, penyelarasan logistik dan aktiviti pengangkutan. Peranan pekerjaan ini terdapat dalam pelbagai jenis perkhidmatan pergudangan seperti gudang biasa atau gudang suhu terkawal yang dipatuhi Halal.
2263-37
Ahli Teknologi Makanan dan Minuman
Ahli Teknologi Makanan dan Minuman menilai, merancang dan melaksanakan program-program bagi mengenal pasti, memantau dan mengawal faktor persekitaran yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan manusia untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat, dan untuk mencegah penyakit atau kecederaan yang disebabkan oleh agen kimia, fizikal, radiologi dan biologi atau faktor ergonomik.
← Kembali