Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1311-01
Pengurus Taman/Ladang Gred G41
Pengurus Taman/Ladang Gred G41 bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya. bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan pertanian, hortikultur dan perhutanan dalam skala besar untuk menanam dan menuai tanaman, dan menternak dan membiak baka ternakan.
1311-02
Pengurus Perhutanan
Pengurus Perhutanan bertanggungjawab mengurus hutan dan mengawasi kegiatan seperti pengeluaran kayu, pemuliharaan dan rekreasi. Mereka menyelenggara dan mengurus pelbagai isu yang berkaitan dengan kawasan hutan, seperti kepentingan komersial, biodiversiti dan akses awam.
1311-03
Pengurus Ladang
Pengurus Ladang mengurus, memantau dalam membuat keputusan serta merancang operasi harian, sumber dan pengurusan perniagaan ladang.
2131-01
Pegawai Hidupan Liar Gred G41
Pegawai Hidupan Liar Gred G41 bertanggungjawab menguruskan sumber kepelbagaian biodiversiti di dalam kawasan perlindungan.
2131-02
Ahli Imunologi
Pakar imunologi menyelidik sistem imun organisma hidup dan cara ia bertindak balas terhadap jangkitan luar atau agen berbahaya. Mereka menumpukan kajian mereka kepada penyakit-penyakit yang menjejaskan imunologi organisma hidup untuk proses rawatan.
2131-03
Ahli Mikrobiologi
Ahli Mikrobiologi mengkaji dan menyelidik bentuk kehidupan, ciri, dan proses organisma mikroskopik. Mereka mengkaji mikroorganisma seperti bakteria, protozoa, kulat, dsb. untuk mendiagnosis dan mengatasi kesan yang mungkin dimiliki oleh mikroorganisma ini dalam haiwan, dalam alam sekitar, dalam industri makanan, atau dalam industri penjagaan kesihatan.
2131-04
Ahli Serologi
Ahli serologi menjalankan penyelidikan mengenai cecair yang terdapat di dalam tubuh manusia, seperti darah dan air liur.
2131-08
Ahli Biologi
Ahli biologi mengkaji organisma hidup dan kehidupan dalam skop yang lebih luas dalam kombinasi dengan persekitarannya. Melalui penyelidikan, mereka berusaha untuk menerangkan mekanisme fungsi, interaksi, dan evolusi organisma.
2131-17
Ahli Sitologi
Ahli Sitologi adalah profesional makmal yang menilai sampel sel pesakit dan dilatih untuk melihat perubahan halus untuk mengesan keadaan berjangkit secara tepat.
2131-20
Ahli Botani
Ahli botani menjalankan penyelidikan ke atas pelbagai tumbuhan dari seluruh dunia, khusus di taman botani. Mereka menjalankan kajian saintifik untuk mengkaji tumbuh-tumbuhan yang tumbuh secara liar. Ahli botani bertanggungjawab untuk penyelenggaraan dan pembangunan taman botani.
2131-27
Ahli Genetik
Ahli Genetik mengkaji gen dan sains keturunan (sifat warisan diturunkan melalui generasi). Mereka mengkaji organisma hidup, dari manusia dan haiwan hingga tanaman dan bakteria.
2131-38
Ahli Kultur Ikan
Ahli Kultur Ikan memerhatikan ikan untuk mengesan penyakit, memantau pertumbuhan ikan, menentukan kualiti ikan, atau menentukan kesempurnaan penuaian.
2133-01
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984, menyumbang khidmat teknikal berkaitan pengurusan alam sekitar di peringkat nasional dan antarabangsa, mendidik dan meningkatkan kesedaran awam terhadap tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
2133-02
Ahli Agronomi
Ahli Agronomi pakar dalam pengeluaran tanaman, kawalan tanah, dan pengurusan tanah. Mereka menjalankan penilaian daripada aspek ekonomi dan kesan alam sekitar tanaman tertentu. Mereka merancang dan menyelesaikan masalah untuk melindungi, memelihara, memulihara, meminimumkan dan mencegah kerosakan berterusan ke atas alam sekitar.
2133-04
Ahli Sains Pertanian
Ahli Sains Pertanian menyelidik dan mengkaji tanah, haiwan dan tumbuhan dengan tujuan untuk menambah baik proses pertanian, kualiti produk pertanian atau kesan proses pertanian terhadap alam sekitar. Mereka merancang dan melaksanakan projek seperti projek pembangunan bagi pihak pelanggan atau institusi.
2133-05
Ahli Florikultur
Ahli Florikultur menghasilkan jenis bunga baharu dan tanaman hiasan bagi kebun bunga, industri bunga dan industri perubatan serta bagi tujuan eksport. Mereka merancang dan menyelesaikan masalah untuk melindungi, memelihara, memulihara, meminimumkan dan mencegah kerosakan berterusan ke atas alam sekitar.
2133-06
Ahli Hortikultur
Ahli Hortikultur bertanggungjawab untuk membangun dan mengekalkan koleksi botani, pameran dan landskap taman botani.
2133-07
Ahli Olerikultur
Ahli Olerikultur pakar dalam cabang hortikultur yang berkaitan dengan pengeluaran, penyimpanan, pemprosesan, dan pemasaran sayur-sayuran. Mereka menjalankan penyelidikan, pengajaran, dan membangunkan, membiak, dan menilai varieti baru sayur-sayuran.
2133-08
Ahli Pomologi
Ahli Pomologi saintis yang bertanggungjawab untuk memastikan pertumbuhan dan pembiakan buah-buahan dan kacang-kacangan yang sihat, serta pokok dan semak di mana mereka tumbuh. Mereka merancang dan menyelesaikan masalah untuk melindungi, memelihara, memulihara, dan meminimumkan serta mencegah kerosakan berterusan ke atas alam sekitar.
2133-09
Ahli Anatomi Kayu
Ahli Anatomi Kayu adalah saintis yang mengkaji struktur anatomi kayu. Mereka merancang dan menyelesaikan masalah untuk melindungi, memelihara, memulihara, dan meminimumkan serta mencegah kerosakan berterusan ke atas alam sekitar.
← Kembali