Carian Terkini
Kod MASCO
1221
Perbandingan
Pengurus Jualan Dan Pemasaran
Pengurus Jualan dan Pemasaran merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan dan organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kepada perusahaan dan organisasi lain.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang, mentadbir dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan
mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaras kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar
menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, peruntukan bajet bagi promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas
memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran
mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap
menyediakan dan mengarah operasi harian
merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau organisasi berkenaan
merancang dan mengurus program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran