Carian Terkini
Kod MASCO
1223
Perbandingan
Pengurus Penyelidikan Dan Pembangunan
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan pembangunan kepada perusahaan dan organisasi lain
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan tugas yang berkaitan
mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap
memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
merancang dan mengarah operasi harian
merancang keseluruhan program penyelidikan dan pembangunan perusahaan atau organisasi dan menetapkan keperluan bajet
merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan, sama ada secara dalaman atau yang ditugaskan daripada organisasi penyelidikan luar, untuk membangunkan atau meningkatkan kaedah proses teknikal, produk, pengetahuan, atau penggunaan bahan-bahan