Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1216-01
Pengurus Kawalan Kualiti
Pengurus Kawalan Kualiti Mengekalkan kualiti pengeluaran yang konsisten dengan membangunkan dan menguatkuasakan sistem amalan piawaian yang ditetapkan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengarah dan bertanggungjawab untuk pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan keseluruhan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) organisasi.
1216-03
Pengurus Jaminan Kualiti, Pengilangan Makanan Halal
Pengurus Jaminan Kualiti, Pengilangan Makanan Halal bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua proses berkaitan dengan kualiti pengeluaran makanan Halal, dan melakukan audit dan latihan halal.
1311-01
Pengurus Taman/Ladang Gred G41
Pengurus Taman/Ladang Gred G41 bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya. bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan pertanian, hortikultur dan perhutanan dalam skala besar untuk menanam dan menuai tanaman, dan menternak dan membiak baka ternakan.
1311-02
Pengurus Perhutanan
Pengurus Perhutanan bertanggungjawab mengurus hutan dan mengawasi kegiatan seperti pengeluaran kayu, pemuliharaan dan rekreasi. Mereka menyelenggara dan mengurus pelbagai isu yang berkaitan dengan kawasan hutan, seperti kepentingan komersial, biodiversiti dan akses awam.
1311-03
Pengurus Ladang
Pengurus Ladang mengurus, memantau dalam membuat keputusan serta merancang operasi harian, sumber dan pengurusan perniagaan ladang.
1311-04
Pengurus Hortikultur
Pengurus Hortikultur merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan lanskap atau mengubah keadaan persekitaran rumah hijau. 
1311-06
Pengurus Pertanian
Pengurus Pertanian mengarah dan menyelaras pengeluaran dalam operasi pertanian berskala besar seperti perladangan dan koperasi pertanian untuk menanam dan menuai tanaman.
1311-08
Pengurus Penternakan
Pengurus Penternakan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan penternakan serta menganalisis data statistik, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan memberi cadangan penambahbaikan sistem, prosedur, atau program penternakan.
1311-11
Pengurus Veterinar
Pengurus Veterinar merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras program kesihatan haiwan, projek pengeluaran haiwan, mengurus tempat penyembelihan & pemprosesan serta memberi khidmat nasihat. Mereka memberi rawatan terbaik kepada haiwan yang dirawat / dikendalikan oleh klinik / hospital.
1311-13
Pengurus Pengeluaran Ternakan Halal
Pengurus Pengeluaran Ternakan Halal bertanggungjawab merancang dan menjalankan operasi ternakan dan ladang Halal untuk memaksimumkan produktiviti dan pengeluaran ternakan halal.
1311-14
Pengurus Padang, Rumput
Pengurus Padang, Rumput merancang, menyusun dan menyelenggara rumput yang digunakan di padang golf atau lanskap. Bertanggungjawab untuk merancang pembaikan, memulihkan padang dan mengawal kawalan perosak.
1311-15
Pengurus Penetasan
Pengurus Penetasan mengawasi semua aspek penetasan ayam dan itik. Mereka mengurus dan menyelaras aktiviti penetasan seperti pengambilan dan penghantaran telur, penjagaan, pengeraman dan penetasan, penggredan, vaksinasi, penyediaan dan penghantaran anak ayam dan itik.
1312-02
Pengurus Pengeluaran dan Operasi Perikanan
Pengurus Pengeluaran dan Operasi Perikanan merancang, mengarah dan menyelaras pengeluaran dalam operasi perikanan berskala besar untuk menangkap dan menuai ikan.
1312-03
Pengurus Operasi Akuakultur
Pengurus Operasi Akuakultur merancang, mengarahkan dan menyelaras pengeluaran ikan (semua spesies ikan bersirip, krustasia, moluska, mamalia akuatik termasuk telur dan benihnya).  
1321-01
Pengurus Pembuatan
Pengurus Pembuatan bertanggungjawab menyelaras dan menyelia proses pembuatan dalam sesebuah organisasi. Mereka memastikan produk dan perkhidmatan dihasilkan dengan cekap dalam jangka masa dan peruntukan yang diberikan.
1321-04
Pengurus Elektrik
Pengurus Elektrik menyediakan, merancang dan menyelaraskan perkhidmatan penyelenggaraan elektrik yang komprehensif. bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal, dan menyelaras aktiviti pengeluaran perkilangan bagi perusahaan besar, atau sebagai pengurus sebuah syarikat perkilangan kecil.
1321-05
Pengurus Tenaga
Pengurus Tenaga bertanggungjawab memantau dan mengurus kecekapan tenaga bagi perusahaan atau kemudahan awam. Mereka mengukur dan memantau penggunaan tenaga.
1321-07
Pengurus Pengeluaran, Pemprosesan Makanan
Pengurus Pengeluaran, Pemprosesan Makanan merancang, mengatur, memimpin, mengawal, dan menyelaras aktiviti pengeluaran perkilangan makanan bagi perusahaan besar, atau sebagai pengurus sebuah syarikat perkilangan kecil dan memastikan barangan dibuat dengan cekap serta memenuhi piawaian syarikat dan bertanggungjawab untuk menguruskan keselamatan kakitangan mereka.
1321-08
Pengurus Pembuatan Badan Kapal
Pengurus Pembuatan Badan Kapal merancang, mengatur, memimpin, mengawal, dan menyelaras aktiviti pembuatan badan kapal bagi perusahaan besar, atau sebagai pengurus sebuah syarikat perkilangan kecil dan memastikan barangan dibuat dengan cekap serta memenuhi piawaian syarikat dan bertanggungjawab untuk menguruskan keselamatan kakitangan mereka.
1321-09
Pengurus Mekanikal
Pengurus Mekanikal merancang dan mengarahkan semua aspek aktiviti kejuruteraan mekanikal dalam organisasi dan boleh mengawasi fabrikasi, operasi, aplikasi, pemasangan atau pembaikan produk mekanikal.
← Kembali