Carian Terkini
Kod MASCO
1321-08
Perbandingan
Pengurus Pembuatan Badan Kapal
STEM
Pengurus Pembuatan Badan Kapal merancang, mengatur, memimpin, mengawal, dan menyelaras aktiviti pembuatan badan kapal bagi perusahaan besar, atau sebagai pengurus sebuah syarikat perkilangan kecil dan memastikan barangan dibuat dengan cekap serta memenuhi piawaian syarikat dan bertanggungjawab untuk menguruskan keselamatan kakitangan mereka.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang
memastikan barangan dibuat dengan cekap serta memenuhi piawaian syarikat
menyelaras aktiviti pengeluaran pembuatan badan kapal
menentukan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
merancang dan mengarah operasi harian menyediakan anggaran bajet dan mengawal perbelanjaan
memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi
berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain
memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan
memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan
mengenalpasti peluang perniagaan dan menentukan produk untuk dikilangkan
merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengeluaran barangan
menentukan, melaksana dan memantau strategi, dasar, dan perancangan pengeluaran
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • MC-041-5:2012
    Jaminan Kualiti Industri
  • FB-001-5:2012
    Kepimpinan Korporat
  • FB-023-5:2012
    Pengurusan Industri
  • MC-091-5:2016
    Pembangunan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0714
    Mekanik dan Tred Logam
  • 0715
    Kenderaan Bermotor, Kapal dan Pesawat
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Pengeluaran dan Pemprosesan
kemahiran mengurus bahan mentah, proses pengeluaran, kawalan kualiti, kos, dan proses lain untuk memaksimumkan pengeluaran.
Pengurusan krisis
kemahiran menangani kejadian yang mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk merosakkan organisasi, pihak berkepentingannya atau masyarakat umum.
Pengurusan Sisa Berbahaya
kemahiran mengurangkan jumlah bahan berbahaya yang dihasilkan dan merawat sisa berbahaya untuk mengurangkan ketoksikannya,
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Center Image