Carian Terkini
Kod MASCO
1216-03
Perbandingan
Pengurus Jaminan Kualiti, Pengilangan Makanan Halal
Pengurus Jaminan Kualiti, Pengilangan Makanan Halal bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua proses berkaitan dengan kualiti pengeluaran makanan Halal, dan melakukan audit dan latihan halal.
Nama Alternatif
Pengurus Jaminan Kualiti, Pemprosesan Daging Halal
Tugasan
Memastikan fasiliti mematuhi piawaian, menentukan kaedah untuk menyelesaikan masalah yang timbul
Melaksanakan langkah kawalan seperti yang dikenal pasti dalam Penilaian Risiko untuk mengawal potensi pencemaran
Memastikan produk daging memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh syarikat dan pihak berkuasa
Membentuk dan menerapkan Sistem Pengurusan Jaminan Halal (HAS) untuk premis pemprosesan daging
Mengkaji dan mengesahkan anggaran untuk program Jaminan Kualiti yang cekap
Membangun dan mengkaji semula dasar kualiti dan keselamatan dan menguruskan audit oleh pemeriksa pihak ketiga
Menasihati pengurusan atasan mengenai peningkatan kualiti
Memastikan latihan kesedaran kualiti dijalankan untuk seluruh fungsi
Menjamin pengeluaran mematuhi peraturan industri halal dan lain-lain
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • MC-041-5:2012
    Jaminan Kualiti Industri
  • HI-010-5:2013
    Pengurusan Pengauditan Halal
  • M749-004-5:2020
    Pengurusan Halal
  • 0729
    Pengilangan dan Pemprosesan yang Tidak Dikelaskan Di Mana-Mana
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Kawalan Kualiti
kemahiran menjalankan ujian dan pemeriksaan produk, perkhidmatan, atau proses untuk menilai kualiti atau prestasi.
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan perniagaan
kemahiran menguruskan penyelarasan dan aktiviti organisasi perniagaan.
Center Image