Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
2132-01
Pegawai Perikanan Gred G41
Pegawai Perikanan Gred G41 bertanggungjawab menjamin dasar pembangunan sektor perikanan selaras dengan kepentingan negara dan kehendak antarabangsa. 
2132-03
Pegawai Pertanian Gred G41
Pegawai Pertanian Gred G41 bertanggungjawab merancang, melaksana dan menilai program pertanian serta menyediakan khidmat perundingan Teknikal Pertanian dan Perniagaan Tani serta penguatkuasaan Akta Tumbuhan 1976 dan 1981 untuk pelabur dari dalam dan luar negara.
2132-04
Pegawai Rancangan Tanah Gred G41
Pegawai Rancangan Tanah Gred G41 bertanggungjawab menguruskan Pejabat Rancangan serta merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program/ aktiviti kerja untuk urusan pentadbiran, urusan kebun, urusan peneroka, dan urusan pembangunan usahawan, menganggotai jawatankuasa yang berkaitan dan menyediakan laporan-laporan dan analisis berhubung dengan prestasi Rancangan.
2132-05
Pegawai Pertanian
Pegawai Pertanian mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
2132-06
Penasihat Penanaman
Penasihat Penanaman mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar
2132-09
Pendemonstrasi Ladang
Pendemonstrasi Ladang mengadakan demonstrasi, memberi ceramah, penulisan dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaharui.
2132-10
Pegawai Perhutanan
Pegawai Perhutanan memberikan sokongan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhutanan, termasuk melakukan pemantauan, pengurusan hutan, pemuliharaan hutan, pengetahuan dan maklumat perhutanan.
2132-11
Pegawai Pemulihara Hutan
Pegawai Pemulihara Hutan bertanggungjawab merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti pemuliharaan hutan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.
2132-13
Eksekutif Ladang Pertanian
Eksekutif Ladang Pertanian mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
2132-14
Eksekutif Akuakultur
Eksekutif Akuakultur bertanggungjawab menyelaras pengeluaran hasil perikanan dari pembenihan atau  tumbuh-tumbuhan yang boleh dituai untuk pelbagai tujuan.
2132-15
Eksekutif Perladangan
Eksekutif Perladangan mengkaji, memberi bantuan dan nasihat mengenai pengurusan ladang, perhutanan dan perikanan, termasuk penanaman, pembajaan, penuaian, penghakisan dan komposisi tanah, pencegahan penyakit, pemakanan, tanaman giliran, dan pemasaran. Mereka membangunkan teknik bagi meningkatkan produktiviti, mengkaji serta membangunkan rancangan dan dasar bagi pengurusan tanah dan perikanan.
2141-01
Jurutera Automasi
Jurutera Automasi menjalankan penyelidikan, mereka bentuk dan membangunkan aplikasi dan sistem untuk proses pengeluaran automasi. Mereka menggunapakai teknologi dan mengurangkan guna tenaga manusia untuk mencapai potensi penuh robotik industri. Jurutera automasi mengawasi proses dan memastikan semua sistem berjalan dengan selamat dan lancar.
2141-02
Jurutera Robotik
Jurutera Robotik mencipta dan membangunkan peranti dan aplikasi robotik menggunakan prinsip kejuruteraan mekanikal. Mereka menggunakan reka bentuk yang telah ditetapkan dan perkembangan semasa untuk menambah baik atau mencipta sistem, mesin dan peralatan. Mereka menggabungkan beberapa bidang pengetahuan seperti pengkomputeran, kejuruteraan, dan elektronik dalam pembangunan aplikasi kejuruteraan baharu.
2141-03
Jurutera Perindustrian
Jurutera Perindustrian mereka bentuk pelbagai sistem pengeluaran yang bertujuan untuk membentangkan penyelesaian yang cekap dan berkesan. Mereka menyepadukan pelbagai pembolehubah seperti pekerja, teknologi, ergonomik, aliran pengeluaran dan spesifikasi produk untuk reka bentuk dan pelaksanaan sistem pengeluaran. Mereka boleh menentukan dan mereka bentuk untuk mikrosistem juga.
2141-04
Jurutera Pengeluaran
Jurutera Pengeluaran menyemak dan menilai prestasi pengeluaran, melakukan analisis data dan mengenal pasti sistem pengeluaran yang kurang berprestasi. Mereka mencari penyelesaian jangka panjang atau pendek, merancang peningkatan pengeluaran dan pengoptimuman proses.
2141-09
Jurutera Perancangan
Jurutera Perancangan menentukan dan membangunkan kaedah pembinaan dan kejuruteraan yang paling sesuai dan ekonomi untuk projek. Mereka terlibat di setiiap peringkat pembangunan, dan hadir di tapak semasa membina untuk mengawasi prosedur. 
2141-13
Jurutera Kecekapan Perindustrian
Jurutera Kecekapan Perindustrian bertanggungjawab dalam reka bentuk, membangun, menguji, dan menilai sistem bersepadu untuk menguruskan proses pengeluaran perindustrian, termasuk faktor kerja manusia, kawalan kualiti, kawalan inventori, logistik dan aliran bahan, analisis kos, dan koordinasi pengeluaran.
2141-14
Jurutera Masa dan Gerakan
Jurutera Masa dan Gerakan bertanggungjawab untuk mengenal pasti peluang untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan, penjimatan kos dan meningkatkan produktiviti dan standard kualiti.
2141-18
Ahli Teknologi Pembungkusan
Ahli Teknologi Pembungkusan bertanggungjawab untuk reka bentuk, pembangunan dan pembuatan pembungkusan untuk pelbagai produk. 
2141-24
Jurutera Loji
Jurutera Loji menyemak dan menilai prestasi pengeluaran, melakukan analisis data dan mengenal pasti sistem pengeluaran yang kurang berprestasi. Mereka mencari penyelesaian jangka panjang atau pendek, merancang peningkatan pengeluaran dan pengoptimuman proses.
← Kembali