Carian Terkini
Kod MASCO
2141-02
Perbandingan
Jurutera Robotik
STEM
Jurutera Robotik mencipta dan membangunkan peranti dan aplikasi robotik menggunakan prinsip kejuruteraan mekanikal. Mereka menggunakan reka bentuk yang telah ditetapkan dan perkembangan semasa untuk menambah baik atau mencipta sistem, mesin dan peralatan. Mereka menggabungkan beberapa bidang pengetahuan seperti pengkomputeran, kejuruteraan, dan elektronik dalam pembangunan aplikasi kejuruteraan baharu.
Nama Alternatif
Tugasan
Debug program robotik
Memproses atau mentafsirkan isyarat atau data sensor
Mengkaji atau meluluskan reka bentuk, pengiraan, atau anggaran kos.
Membangun, mengkonfigurasi, atau menguji robot atau aplikasi robot
Merancang program atau parameter robot
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • F
    Pembinaan
  • M711-004-5:2019
    Integrasi Rekabentuk dan Pengurusan Sistem Robot
  • M711-003-5:2019
    Pengaturcaraan Sistem Integrasi Robot
  • MC-091-5:2016
    Pembangunan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Automasi
kemahiran menggunakan teknologi, program, robotik atau proses untuk mencapai hasil dengan input manusia yang minimum
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Mekanikal
pengetahuan mengenai mesin dan alat, termasuk reka bentuk, penggunaan, pembaikan, dan penyelenggaraannya.
Perisian CAD / CAM
kemahiran pembantu perisian CAD reka bentuk komputer
Prototaip Pantas
kecekapan dalam memberikan idea yang tepat tentang bagaimana produk siap akan terhasil.
Center Image