Pengurus Sumber Manusia
Pengurus Sumber Manusia merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras pengurusan personel, perhubungan perusahaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, merancang dan mengendalikan prosedur bagi pengambilan kakitangan, Latihan kenaikan pangkat, penukaran dan pemecatan kakitangan dan merancang serta mengatur rundingan dan prosedur bagi menentukan struktur dan tahap penggajian dan berunding dengan pekerja mengikut terma pekerjaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan personel, perhubungan perusahaan, dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi perusahaan atau organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan sumber manusia kepada perusahaan dan organisasi lain.