- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
12
Pengurus Pentadbiran Dan Komersil
Kumpulan Kecil
121
Pengurus Perkhidmatan Perniagaan Dan Pentadbiran
Kumpulan Unit
1212
Pengurus Sumber Manusia
Kumpulan Unit Kecil
1212-01
Ketua Pegawai Sumber Manusia
1212-02
Pengurus Sumber Manusia
1212-03
Pengurus Latihan
1212-04
Pengurus Perhubungan Perindustrian
1212-05
Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
1212-06
Pengurus Personel
1212-07
Pengurus Perekrutan
1212-08
Pengurus Keselamatan Pekerjaan
1212-09
Pengurus Pembangunan Pembelajaran dan Organisasi
1212-10
Pengurus Pampasan dan Faedah
1212-11
Pengurus Bakat dan Prestasi Organisasi
1212-12
Pengurus Latihan Industri Halal
1212-13
Pengurus Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar & Kualiti
Kod MASCO
1212-02
Perbandingan
Pengurus Sumber Manusia
Pengurus Sumber Manusia merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras pengurusan personel, perhubungan perusahaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, merancang dan mengendalikan prosedur bagi pengambilan kakitangan, Latihan kenaikan pangkat, penukaran dan pemecatan kakitangan dan merancang serta mengatur rundingan dan prosedur bagi menentukan struktur dan tahap penggajian dan berunding dengan pekerja mengikut terma pekerjaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan personel, perhubungan perusahaan, dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi perusahaan atau organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan sumber manusia kepada perusahaan dan organisasi lain.

Nama Alternatif
Pengurus Latihan
Pengurus Perhubungan Perindustrian
Pengurus Personel
Pengurus Perekrutan
Pengurus Pembangunan Pembelajaran dan Organisasi
Pengurus Pampasan dan Faedah
Pengurus Bakat dan Prestasi Organisasi
Pengurus Latihan Industri Halal
Tugasan
merancang dan mengatur rundingan dan prosedur bagi menentukan struktur dan tahap penggajian dan berunding dengan pekerja mengikut terma pekerjaan
Mewakili perusahaan atau organisasi dalam urusan luar
mengawasi keselamatan, kesihatan dan aktiviti yang berkaitan
Merancang, mengarah dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan aktiviti personel dan perhubungan perusahaan bagi perusahaan atau organisasi
merancang dan mengendalikan prosedur bagi pengambilan kakitangan, latihan kenaikan pangkat, penukaran dan pemecatan kakitangan
Menyelia pembangunan dan pelaksanaan sistem pengurusan maklumat
Menjalankan tugas yang berkaitan
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
CPembuatan
-
GPerdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
-
KAktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
-
JMaklumat Dan Komunikasi
-
FB-025-5:2012Pengurusan Pentadbiran
-
FB-075-5:2012Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
-
FB-074-5:2013Pengurusan Faedah dan Pampasan Sumber Manusia
-
FB-077-5:2013Perundingan Sumber Manusia
-
FB-076-5:2013Pengurusan Pejabat-Perundingan Sumber Manusia
-
0313Psikologi
-
0414Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Analisis Organisasi
kemahiran dalam menilai pembangunan, pekerja, aktiviti dan persekitaran sesebuah organisasi.
Analisis Prestasi
kemahiran mengkaji atau menilai prestasi sesuatu senario tertentu berbanding objektif yang ingin dicapai.
Pengambilan Pekerja
kemahiran menyemak permohonan, memilih calon yang tepat untuk ditemuduga, menguji calon dan membuat keputusan pengambilan pekerja.
Pengurusan Personel
kemahiran menguruskan sumber manusia.
Pentadbiran Gaji
kemahiran dalam salah satu tugas yang diperlukan untuk mengatur pampasan pekerja untuk jam yang telah bekerja.

Kursus Yang Berkaitan