Carian Terkini
Kod MASCO
2263-35
Bandingkan
Eksekutif Halal, Operasi Logistik
STEM
GREEn
Eksekutif Halal, Operasi Logistik bertanggungjawab untuk pelaksanaan keseluruhan operasi Halal termasuk perancangan, penyelarasan logistik dan aktiviti pengangkutan. Peranan pekerjaan ini terdapat dalam pelbagai jenis perkhidmatan pergudangan seperti gudang biasa atau gudang suhu terkawal yang dipatuhi Halal.
Nama Alternatif
Tugasan
Menguruskan keperluan pelanggan seperti pengaturan pengangkutan, kawalan suhu dan keperluan khusus lain yang berkaitan dengan logistik Halal
Menyiapkan laporan penghantaran bulanan kepada pihak pengurusan
Terlibat dalam penyiasatan pencemaran produk / kargo sekiranya berlaku
Menguruskan pergerakan stok dan inventori
Memastikan penyelenggaraan pencegahan dan pembetulan pada peralatan gudang dan pengangkutan dilakukan secara berkala
Memastikan kakitangan mematuhi amalan kebersihan yang baik semasa mengendalikan kargo
Mencadangkan penambahbaikan proses kerja yang ada untuk memastikan kecekapan kos
Melaksanakan langkah kawalan seperti yang dikenal pasti dalam Penilaian Risiko untuk mengawal potensi pencemaran
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • HI-010-5:2013
    Pengurusan Pengauditan Halal
  • M749-004-5:2020
    Pengurusan Halal
  • 0721
    Pemprosesan Makanan
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Audit Keselamatan
kemahiran mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kecekapan, keberkesanan dan kebolehpercayaan keseluruhan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan syarikat.
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
Pengurusan Pematuhan
kemahiran memantau dan menilai sistem untuk memastikan ia mematuhi piawaian industri dan keselamatan
Penilaian Kesan Alam Sekitar
kemahiran mengenal pasti kesan terhadap persekitaran biogeofizik
Penilaian risiko
kemahiran menentukan risiko kuantitatif atau kualitatif yang berkaitan dengan situasi yang ditentukan dan ancaman yang telah dikenalpasti.
Sistem Integriti Halal
kemahiran menguruskan sistem yang memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan dan memastikan pengeluaran makanan halal dan berkualiti.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan