Carian Terkini
Kod MASCO
2263-24
Bandingkan
Orang Yang Kompeten (OYK) - Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan
STEM
GREEn
Orang Yang Kompeten (OYK) - Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan menjalankan pengujian gas di tempat kerja & menyelia aktiviti kemasukan ke dalam ruang terkurung.  SIJIL:a) Sijil Pendaftaran Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan  KELAYAKAN MINIMUM DAN TEMPOH KURSUS:Pilihan 1:a) Mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan setara dan kredit dalam subjek Sains atau sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains;b) Mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang ruang terkurung; danc) Hadir kursus dan lulus peperiksaan Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan (AGTES) di penyedia latihan yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pilihan 2:a) Mempunyai 10 tahun pengalaman kerja dalam bidang ruang terkurung b) Hadir kursus dan lulus peperiksaan Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan (AGTES) di penyedia latihan yang berdaftar dengan Ketua Pengarah; danc) Lulus sesi penilaian/temuduga/verifikasi yang dijalankan oleh JKKP 
Nama Alternatif
Tugasan
Menguji dan mentafsir paras bacaan gas di dalam ruang terkurung
Menjalankan ujian atmosfera di dalam ruang terkurung.
Menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan semua prosedur, ujian dan peralatan yang dinyatakan dalam permit kerja dipatuhi sebelum permit kerja diluluskan
Hentikan kemasukan dan batalkan permit kerja sekiranya syarat kemasukan yang boleh diterima tidak dapat dikekalkan
Menyelia semua aktiviti sebelum, semasa dan selepas operasi kemasukan pekerja ke dalam ruang terkurung
Mempunyai pengetahuan terkini tentang bahaya yang mungkin dihadapi semasa kemasukan, termasuk maklumat tentang cara, tanda dan simptom dan akibat tentang pendedahan
Mengenalpasti semua bahaya dan mengesyorkan langkah kawalan bagi memastikan kemasukan yang selamat
Mahir tentang semua kelengkapan kemasukan ruang terkurung
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • 0521
    Sains Alam Sekitar
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Audit Keselamatan
kemahiran mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kecekapan, keberkesanan dan kebolehpercayaan keseluruhan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan syarikat.
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pematuhan
kemahiran memantau dan menilai sistem untuk memastikan ia mematuhi piawaian industri dan keselamatan
Penilaian Kesan Alam Sekitar
kemahiran mengenal pasti kesan terhadap persekitaran biogeofizik
Penilaian risiko
kemahiran menentukan risiko kuantitatif atau kualitatif yang berkaitan dengan situasi yang ditentukan dan ancaman yang telah dikenalpasti.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan