Carian Terkini
Kod MASCO
4111-18
Perbandingan
Pembantu Tadbir Am
Pembantu Tadbir Am menyediakan sokongan pentadbiran peringkat tinggi dengan menjalankan penyelidikan, menyediakan laporan statistik, dan mengendalikan permintaan maklumat, serta melaksanakan fungsi pentadbiran rutin seperti menyediakan surat-menyurat, menerima pelawat, mengatur panggilan persidangan, dan menjadualkan mesyuarat. Boleh juga melatih dan menyelia kakitangan perkeranian peringkat rendah.
Nama Alternatif
Pembantu Pentadbiran
Pembantu Tadbir Seni Reka
Pembantu Am Seni Reka (Pereka)
Pembantu Pejabat
Pekerja Sambilan Harian (Awam)
Ketua Pejabat
Tugasan
Menulis dan mengedarkan e-mel, memo surat-menyurat, surat, faks dan borang
Merancang mesyuarat dan mengambil minit terperinci
melayani panggilan telefon atau pertanyaan elektronik dan menyambungkan kepada orang yang berkenaan
Memesan bekalan pejabat dan menyelidik tawaran dan pembekal baru
Membantu penyediaan laporan berjadual yang kerap
Mengatur dan menjadualkan janji temu
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image