Carian Terkini
Kod MASCO
4111-02
Perbandingan
Pembantu Pentadbir Tanah Gred NT19
Pembantu Pentadbir Tanah Gred NT19 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.
Nama Alternatif
Tugasan
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat kumpulan pelaksana berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Menjalankan tugas yang berkaitan
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-052-2:2013
    Pentadbiran Penilaian Hartanah
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image