Carian Terkini
Kod MASCO
4111-12
Perbandingan
Kerani Perkhidmatan Bilik
Kerani Perkhidmatan Bilik melaksanakan pelbagai tugas perkeranian serta membantu pengurus perkhidmatan bilik dalam memastikan perkhidmatan berkualiti yang pantas kepada pelanggan dan tetamu.
Nama Alternatif
Tugasan
Menjadualkan dan mengatur fungsi perkhidmatan bilik kepada kakitangan yang berkhidmat
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Memastikan telefon, sistem muzik dan alat elektronik lain berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik
Mengambil pesanan makanan daripada tetamu dan pelanggan bagi perkhidmatan bilik
Memberi maklumbalas yang segera kepada permintaan perkhidmatan tetamu dan pelanggan
Memastikan semua bilik tetamu bersih, kemas dan disanitari dengan suasana yang menyenangkan
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image