Carian Terkini
Kod MASCO
4111-10
Perbandingan
Kerani Pejabat
Kerani Pejabat bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas perkeranian dan pentadbiran dalam persekitaran pejabat dan menyokong operasi perniagaan dalam jabatan. Mereka membantu semua kakitangan pentadbiran, setiausaha, dan pembantu dengan menyusun mel, memfailkan borang dan dokumen, menjawab telefon, memberi salam kepada pelanggan dan menjadualkan mesyuarat.
Nama Alternatif
Kerani Surat-Menyurat
Kerani Am Pejabat
Kerani Pentadbiran
Pembantu Pentadbiran, Industri Halal
Ketua Kerani
Tugasan
Membuat dokumen, mengekalkan pangkalan data dan menghantar memo dan e-mel
Mengumpul, memfailkan dan mengatur dokumen pejabat, seperti laporan dan rekod sulit
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugas yang berkaitan
Memantau inventori pejabat dan memesan bekalan
Menjawab telefon di meja penyambut tetamu atau di jabatan tertentu dan memindahkan panggilan mengikut keperluan
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image