Carian Terkini
Kod MASCO
2711
Perbandingan
Profesional Hotel
Profesional Hotel menjalankan penyelidikan, merancang, membangunkan dan menambah baik pengurusan operasi hotel, motel dan pertubuhan yang seumpamanya untuk menyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan lain termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan), operasi makanan dan minuman, dan pengemasan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,720
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
merancang dan menambah baik operasi pengurusan hotel, restoran dan pertubuhan
mengatur penginapan, katering, dan perkhidmatan hotel yang lain
melaksanakan rancangan peruntukan bajet, kewangan dan mengawal perbelanjaan
menetapkan dan mencapai sasaran jualan dan keuntungan
menyelia penyelenggaraan, bekalan, pengubahsuaian, dan kemasan
mengendalikan rungutan dan komen pelanggan
berurusan dengan kontraktor dan pembekal
menjalankan tugas yang berkaitan
memastikan acara dan persidangan berjalan lancar
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menangani dan menyelesaikan masalah
memastikan keselamatan yang cekap
memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan peraturan berkanun lain
melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan
mempromosi dan memasarkan perniagaan
merancang jadual kerja untuk individu dan pasukan
bertemu dan mengalu-alukan pelanggan
mengambil, melatih, dan memantau kakitangan