Carian Terkini
Kod MASCO
2425-21
Perbandingan
Eksekutif Pengurusan
Eksekutif Pengurusan untuk memberi sokongan kepada pihak pengurusan.Mereka menyediakan sokongan strategik dalam bidang fungsian seperti Operasi, Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan dan Perkhidmatan Korporat, Hal Ehwal Awam, dan Sokongan Penyelidikan dan Maklumat.
Nama Alternatif
Tugasan
menyimpan rekod penjadualan
membuat dan menilai laporan susulan kakitangan dan/ atau pelanggan
menyelaraskan semua kursus latihan dan menyimpan rekod latihan kakitangan
menyelaraskan penyusunan perjalanan bagi kakitangan berhubung dengan hal kerja
mengendalikan penyelidikan dan menyelenggara profil dan pangkalan data organisasi
mengendalikan permintaan alat tulis, percetakan, penjilidan, dan sokongan logistik am
menyediakan kertas kerja, kertas konsep dan laporan prestasi organisasi
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam
menganjurkan mesyuarat/ persidangan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-016-5:2013
    Perancangan Kewangan
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • FB-075-5:2012
    Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
  • FB-001-5:2012
    Kepimpinan Korporat
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0312
    Dasar Awam dan Sains Politik
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0417
    Kemahiran Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Kemahiran Penentuan Kos
Berpengetahuan dalam konsep pengurusan kos dan terminologi.
Laporan Korporat
kemahiran menyediakan maklumat kewangan dan bukan kewangan kepada pihak berkepentingan dan pemegang saham.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Pentadbiran Gaji
kemahiran dalam salah satu tugas yang diperlukan untuk mengatur pampasan pekerja untuk jam yang telah bekerja.
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Center Image