Carian Terkini
Kod MASCO
2424-05
Perbandingan
Pegawai Latihan Industri Halal
Pegawai Latihan Industri Halal adalah seorang profesional yang bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan program latihan khusus untuk keperluan dan piawaian industri halal (yang dibenarkan dalam Islam). Peranan ini melibatkan memastikan individu yang terlibat dalam pelbagai aspek rantaian bekalan halal, pengeluaran dan proses pensijilan adalah bermaklumat dan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.
Nama Alternatif
Tugasan
menetapkan objektif pembangunan sumber manusia dan menilai hasil pembelajaran
menjalankan tugas yang berkaitan
mereka bentuk, menyelaras, menyusun jadual, dan mengendalikan program latihan dan pembangunan yang boleh disampaikan dalam bentuk pengajaran perseorangan atau berkumpulan, dan menjadi fasilitator bengkel, mesyuarat, demonstrasi dan persidangan
menyediakan dan membangunkan bahan dan alat bantu latihan pengajaran seperti buku panduan, alat bantu visual, tutorial dalam talian, model tunjuk cara, dan dokumen rujukan latihan sokongan
mengenal pasti keperluan dan kehendak individu dan organisasi
Mengenal pasti dan mencadangkan keperluan latihan semasa untuk industri Halal dan sektornya
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • FB-075-5:2012
    Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
  • 0031
    Kemahiran Personal
  • 0114
    Latihan Tenaga Pengajar dengan Pengkhususan Subjek
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0417
    Kemahiran Pekerjaan
  • 0923
    Kaunseling dan Kerja Sosial
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Mengajar
kemahiran mengajar orang lain bagaimana melakukan sesuatu. 
Strategi Pembelajaran
kemahiran memilih dan menggunakan kaedah dan prosedur latihan / instruksional yang sesuai untuk situasi semasa belajar atau mengajar perkara baru
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pemerolehan Bakat
kemahiran mencari dan memperoleh tenaga kerja mahir untuk keperluan organisasi dan untuk memenuhi sebarang keperluan buruh.
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Center Image