Carian Terkini
Kod MASCO
2391
Perbandingan
Pakar Kaedah Pendidikan
Pakar Kaedah Pendidikan menjalankan penyelidikan dan membangunkan atau memberi nasihat tentang kaedah pengajaran, kursus dan alat bantuan mengajar. Mereka mengkaji dan meneliti tugasan guru, fungsi institusi pendidikan dan pencapaian yang diperoleh serta mencadangkan perubahan dan penambahbaikan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,380
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
melawat sekolah secara berkala dan berbincang dengan kakitangan pentadbiran dan guru berhubung dengan kurikulum, kaedah pengajaran, peralatan dan perkara-perkara lain
menganjurkan dan mengendalikan bengkel dan persidangan untuk melatih guru mengenai program dan kaedah baru
membangunkan struktur, kandungan dan objektif kursus dan program baharu
membuat penyelidikan tentang audio-visual dan lain-lain alat bantu mengajar
menyediakan perkhidmatan pembangunan profesional, latihan dan perundingan yang berterusan kepada guru-guru
mendokumenkan mata pelajaran dan kursus yang dibangunkan, dan menilai kursus baru
melawat bilik darjah untuk melihat teknik pengajaran dan untuk menilai prestasi guru, dan keputusan akademik yang diperoleh
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menyediakan laporan dan membuat cadangan kepada pihak berkuasa pendidikan mengenai kemungkinan perubahan dan penambahbaikan dalam kurikulum, kaedah pengajaran, dan perkara-perkara lain
menjalankan tugas yang berkaitan
membuat penyelidikan tentang perkembangan semasa dalam kurikulum, kaedah pengajaran dan lain- lain amalan pendidikan, dan memberi nasihat tentang perubahan yang perlu dan penambahbaikan yang mungkin
menilai dan memberi nasihat tentang kandungan kursus dan kaedah peperiksaan