Carian Terkini
Kod MASCO
2392
Perbandingan
Guru Pendidikan Khas
Guru Pendidikan Khas mengajar kanak-kanak, orang muda atau dewasa yang cacat anggota atau cacat akal, atau mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan memerlukan pendidikan yang khas. Mereka menggalakkan pembangunan sosial, emosi, intelek dan fizikal kepada pelajar.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,450
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
memberi arahan dengan menggunakan teknik atau alat bantuan khas seperti Braille atau baca gerak bibir yang sesuai dengan kecacatan dan tahap murid, serta menyelia kerja dalam kelas
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
berbincang dengan ibu bapa tentang pelbagai program pembelajaran
memberi arahan kepada individu atau secara berkumpulan dengan menggunakan teknik khas atau alat bantuan yang sesuai dengan keperluan pelajar
mereka bentuk atau mengubahsuai kurikulum serta menyediakan pelajaran dan aktiviti yang disesuaikan dengan kebolehan dan keperluan pelajar
menguruskan ujian, menilai dan meneliti kemajuan setiap murid serta membincangkannya dengan ibu bapa, guru, jurupulih anggota, pekerja sosial, dan sebagainya
menggalakkan murid mempunyai keyakinan diri, membantu mereka mencari dan menerima kaedah yang boleh menutup kekurangan yang timbul akibat kecacatan mereka serta memupuk rasa ingin untuk mencapai sesuatu