Carian Terkini
Kod MASCO
2182-21
Perbandingan
Eksekutif Jaminan Kualiti, Pemprosesan Daging Halal
STEM
Eksekutif Jaminan Kualiti, Pemprosesan Daging Halal bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua proses berkaitan dengan kualiti pengeluaran makanan Halal, dan melakukan audit dan latihan halal.
Nama Alternatif
Tugasan
Memastikan A&P dijalankan sesuai dengan keperluan Halal
Memeriksa bahan mentah / pembekal Halal yang betul semasa masuk
Pemeriksaan penghantaran keluar memenuhi syarat
Memudahkan perincian produk baru untuk pembaharuan pensijilan Halal
Memastikan bahan pembungkusan dan iklan termasuk karya seni memenuhi kehendak Halal
Memastikan semua proses pengeluaran sesuai dengan spesifikasi pembuatan dan ciri produk mematuhi syarat standard Halal
Mengkaji dan mengawasi penyiaran media sosial yang berkaitan dengan Halal yang akan mempengaruhi reputasi organisasi
Memastikan kesesuaian operasi terhadap keperluan Halal yang ditentukan dan mengekalkan rekod / dokumen Halal
Menjalankan penilaian risiko Halal termasuk penyiasatan ketidakpatuhan Halal di tempat kerja
Melaksanakan langkah kawalan seperti yang dikenal pasti dalam penilaian risiko untuk mengawal potensi pencemaran
Merancang dan menjalankan pengujian dan pemeriksaan bahan dan produk untuk memastikan produk siap memenuhi keperluan Halal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • MC-041-5:2012
    Jaminan Kualiti Industri
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Kerja Berkumpulan
kemahiran untuk berkerja dengan lancar dan cekap dalam kumpulan. 
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
Pengujian Bahan
kemahiran dalam kaedah yang menghasilkan maklumat mengenai struktur atau sifat mekanikal bahan.
Pengurusan rantaian bekalan
kemahiran dalam pengurusan aliran barangan dan perkhidmatan
Sistem Integriti Halal
kemahiran menguruskan sistem yang memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan dan memastikan pengeluaran makanan halal dan berkualiti.
Center Image