Carian Terkini
Kod MASCO
2182-20
Perbandingan
Eksekutif Pengeluaran, Pengilangan Makanan Halal
STEM
Eksekutif Pengeluaran, Pengilangan Makanan Halal membantu merancang, melaksana dan menyelaraskan semua aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan makanan Halal, penyelidikan dan pembangunan serta penjualan dan pemasaran produk. Peranan ini berlaku dalam pelbagai persekitaran pemprosesan makanan seperti dalam pengeluaran makanan sejuk beku, pengeluaran makanan, pengeluaran minuman, roti dan gula-gula.
Nama Alternatif
Tugasan
Memastikan pembangunan dan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dan memenuhi peraturan, polisi dan objektif yang telah ditetapkan
mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan atau proses tertentu
Melaksanakan Pelan Amalan Pembuatan Baik (GMP) dan Rancangan Keselamatan Makanan
merancang, melaksana dan menyelaraskan semua aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan makanan Halal
Memastikan pematuhan dengan Prosedur Operasi Standard Syarikat (SOP)
mengawasi pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
menetapkan dan menyelia prosedur operasi dan pentadbiran
mengawasi aplikasi keselamatan kerja dan prosedur berkaitan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • M749-004-5:2020
    Pengurusan Halal
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
Pengujian Bahan
kemahiran dalam kaedah yang menghasilkan maklumat mengenai struktur atau sifat mekanikal bahan.
Pengurusan rantaian bekalan
kemahiran dalam pengurusan aliran barangan dan perkhidmatan
Sistem Integriti Halal
kemahiran menguruskan sistem yang memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan dan memastikan pengeluaran makanan halal dan berkualiti.
Center Image