Carian Terkini
Kod MASCO
2182-15
Perbandingan
Pegawai Jaminan Mutu Gred P3
STEM
Pegawai Jaminan Mutu Gred P3 mencegah kesilapan dalam pembuatan atau pengeluaran yang mengakibatkan kecacatan produk. Mereka menguji produk secara terperinci sebelum dikeluarkan.
Nama Alternatif
Tugasan
Berkomunikasi dengan pasukan kawalan kualiti mengenai kecacatan yang ada dan cara mencegahnya pada produk masa depan
Mencadangkan penambahbaikan infrastruktur dan proses syarikat untuk mengelakkan kesilapan semasa pengeluaran di masa hadapan
Menilai sama ada pekerja memerlukan latihan untuk mencegah kesilapan semasa pengeluaran
Melakukan ujian tekanan yang mendedahkan produk kepada peningkatan suhu, getaran, dan kelembapan
Menyiasat punca kecacatan yang berlaku semasa fasa ujian
Mematuhi peraturan dan standard antarabangsa berkenaan pengujian dan jaminan kualiti
Melaporkan kerosakan produk yang ditemui ke semua jabatan yang berkaitan untuk pembetulan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • MC-041-5:2012
    Jaminan Kualiti Industri
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
  • 0788
    Program dan Kelayakan Antara Disiplin yang Melibatkan Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Kerja Berkumpulan
kemahiran untuk berkerja dengan lancar dan cekap dalam kumpulan. 
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
Pengujian Bahan
kemahiran dalam kaedah yang menghasilkan maklumat mengenai struktur atau sifat mekanikal bahan.
Pengurusan rantaian bekalan
kemahiran dalam pengurusan aliran barangan dan perkhidmatan
Center Image