Carian Terkini
Kod MASCO
2173-18
Perbandingan
Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT51
Pemeriksa Kapal Terbang Gred A51 membuat pemeriksaan pesawat terbang bagi menentukan keperluan kelayakan penerbangan. Mereka memeriksa dan meluluskan pertubuhan syarikat penerbangan, mengeluarkan sijil kelulusan untuk pesawat udara, menjalankan penyelidikan ke atas kerosakan pesawat-pesawat penerbangan awam dan mengambil bahagian di dalam penyiasatan kemalangan pesawat udara dan menyediakan laporannya.
Nama Alternatif
Tugasan
menandatangani sijil yang perlu dan menyimpan rekod rasmi penerbangan
memeriksa rekod penyelenggaraan dan menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pesawat udara dalam keadaan baik dari segi mekanikal, penyelenggaraan telah dilaksanakan, dan semua kelengkapan dapat beroperasi
mengambil bahagian di dalam penyiasatan kemalangan pesawat udara dan menyediakan laporannya
menjalankan penyelidikan ke atas kerosakan pesawat-pesawat penerbangan awam
memeriksa dan meluluskan pertubuhan syarikat penerbangan
mengeluarkan sijil kelulusan bagi pesawat yang menjalankan penyelidikan mengenai kerosakan pada pesawat penerbangan awam
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • C331-009-5:2019
    Pengurusan Hangar Pesawat
  • TP-060-5:2013
    Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Persijilan
  • TP-071-5
    Jurutera Penyelenggaran Pesawat Avionik (Elektrik)
  • TP-072-5
    Jurutera Penyelenggaran Pesawat Avionik (Instrumen)
  • 0715
    Kenderaan Bermotor, Kapal dan Pesawat
  • 1041
    Perkhidmatan Pengangkutan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Komunikasi
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan / ucapan sesuai dengan keperluan.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Pendawaian
kemahiran memasang elektrik kabel dan peranti yang berkaitan seperti suis, papan agihan, soket dan pemasangan lampu dalam struktur.
Center Image