Carian Terkini
Kod MASCO
2173-03
Perbandingan
Juruterbang
STEM
Juruterbang membawa dan mengemudi kapal terbang, helikopter, dan lain-lain jenis pesawat. Mereka mengawal operasi kelengkapan mekanikal, elektrik dan elektronik untuk memandu arah pesawat udara atau belon udara serta melaksanakan tugasan pra-penerbangan dan dalam penerbangan.
Nama Alternatif
Jurutera Pesawat
Tugasan
mengaplikasikan prinsip pengetahuan dan amalan penerbangan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul
membawa dan mengemudi kapal terbang, helikopter, dan lain-lain jenis pesawat
melaksanakan tugasan pra-penerbangan dan dalam penerbangan
memeriksa rekod penyelenggaraan dan menjalankan pemeriksaan untuk memastikan keadaan mekanikal pesawat udara dalam keadaan baik, penyelenggaraan telah dilaksanakan, dan semua kelengkapan dapat beroperasi
menandatangan sijil yang perlu dan menyimpan rekod rasmi penerbangan
memandu kapal terbang awam atau swasta
bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan penerbangan , keselamatan semua penumpang , kru dan peralatan , penyimpanan rekod penerbangan dan menyelenggara peralatan
merancang, menyelia, menguji, mengubahsuai carta penerbangan dan mengambil foto dari udara
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0715
    Kenderaan Bermotor, Kapal dan Pesawat
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Komunikasi
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan / ucapan sesuai dengan keperluan.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Pendawaian
kemahiran memasang elektrik kabel dan peranti yang berkaitan seperti suis, papan agihan, soket dan pemasangan lampu dalam struktur.
Center Image