Carian Terkini
Kod MASCO
2171
Perbandingan
Jurutera Kapal
TVET
Jurutera Kapal mengawal dan mengambil bahagian dalam operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan dan jentera elektrik dan elektronik di atas kapal, atau melaksanakan fungsi sokongan yang berkaitan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 3,055
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
melaksanakan penyeliaan teknikal bagi pemasangan, penyelenggaraan, pembaikpulihan jentera kapal dan kelengkapan untuk memastikan pematuhan spesifikasi dan peraturan
mengawal dan mengambil bahagian dalam operasi, penyelenggaraan, pembaikpulihan kelengkapan jentera mekanikal, elektrik dan elektronik di atas kapal
menyelaraskan ujian ke atas kelengkapan dan mendiagnosis kesilapan
mengaplikasikan prinsip pengetahuan dan amalan berhubung dengan jentera kapal dan kelengkapan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas
memeriksa dan menjalankan penyelenggaraan dan pembaikpulihan enjin, jentera, dan kelengkapan tambahan
menjalankan tugas yang berkaitan
menyediakan pengawasan bilik enjin, memantau dan mengambil perhatian tentang prestasi enjin, jentera, dan kelengkapan tambahan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menyimpan rekod operasi jabatan kejuruteraan