Carian Terkini
Kod MASCO
2133-14
Perbandingan
Ahli Silvikultur
STEM
GREEn
Ahli Silvikultur mengkaji dan menilai kesan ke atas persekitaran aktiviti manusia seperti pencemaran udara, air dan bunyi, pencemaran tanah, perubahan iklim, sisa toksik dan kemerosotan serta degradasi sumber asli. Mereka merancang dan menyelesaikan masalah untuk melindungi, memelihara, memulihara, dan meminimumkan serta mencegah kerosakan berterusan ke atas alam sekitar.
Nama Alternatif
Tugasan
mengumpulkan data dan spesimen manusia, haiwan, serangga dan tumbuhan
mengkaji asal usulnya, pembangunannya, bentuk kimia dan fiziknya, strukturnya, komposisinya, serta proses kehidupan dan pembiakannya
mengkaji organisma hidup dengan menggunakan pelbagai kelengkapan, instrumen, teknologi dan teknik terkhusus seperti mikroskop elektron, telemetri, sistem pengagihan global, bioteknologi, pengimejan satelit, kejuruteraan genetik, analisis pengimejan digital, reaksi rantai polimerase (PC, dan pemodelan komputer
mengenal pasti, mengelas, merakam dan memantau organisma hidup, dan menyelenggara pangkalan data.
menjalankan penyelidikan di dalam makmal dan di lapangan untuk meningkatkan pengetahuan saintifik mengenai organisma hidup
membangunkan produk, proses, dan teknik baru untuk digunakan dalam farmaseutikal, pertanian, dan alam sekitar
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • 0521
    Sains Alam Sekitar
  • 0522
    Persekitaran Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • 0717
    Teknologi Perlindungan Alam Sekitar
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis statistik
kemahiran dalam pengumpulan, pemeriksaan, ringkasan, manipulasi, dan interpretasi data kuantitatif.
Analitik
kebolehan untuk meleraikan maklumat ke kategori yang lebih kecil untuk membuat kesimpulan.
Landskap
kemahiran mengubah ciri-ciri kawasan tanah yang dapat dilihat dengan tujuan mewujudkan persekitaran yang indah.
Penilaian Kesan Alam Sekitar
kemahiran mengenal pasti kesan terhadap persekitaran biogeofizik
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Center Image