Carian Terkini
Kod MASCO
1612-17
Perbandingan
Ketua Pegawai Klinikal
Ketua Pegawai Klinikal bertanggungjawab untuk menyediakan kepimpinan klinikal, memupuk penjagaan pesakit yang berkualiti tinggi, menyeragamkan protokol klinikal, membangunkan matlamat strategik klinikal dan pembangunan program. 
Nama Alternatif
Tugasan
mengarah, menyelia dan menilai aktiviti perubatan, kejururawatan, teknikal, perkeranian, perkhidmatan, penyelenggaraan dan lain-lain personel
mengarah dan mengurus keseluruhan perkhidmatan, kemudahan prasarana, organisasi atau pusat kesihatan
membangunkan, melaksanakan dan memantau standard prosedur, dasar dan prestasi kakitangan perubatan, jururawat, dan kakitangan teknikal dan pentadbiran
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Merancang dan melaksanakan dasar
Memantau pengurusan harian organisasi, unit khusus, atau bidang perkhidmatannya
Menjalankan tugas yang berkaitan
Menguruskan pengambilan, pemilihan, penilaian, dan perkembangan kakitangan
menasihati badan kerajaan bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan, dan kemudahan prasarana.
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0313
    Psikologi
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0912
    Perubatan
  • 0916
    Farmasi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Khusus
Kajian klinikal
kemahiran menentukan keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan, peranti, produk diagnostik dan rawatan.
Kawalan Jangkitan
kemahiran mencegah atau menghentikan penyebaran jangkitan dalam persekitaran penjagaan kesihatan.
Pengurusan klinikal
kebolehan menyediakan panduan teknikal dan operasi yang cepat, latihan klinikal, jaminan kualiti dan sokongan untuk memastikan penjagaan yang selamat kepada mereka yang menderita penyakit
Pengurusan krisis
kemahiran menangani kejadian yang mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk merosakkan organisasi, pihak berkepentingannya atau masyarakat umum.
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Penjagaan Sokongan
kemahiran dalam mencegah atau merawat seawal mungkin gejala penyakit, kesan sampingan yang disebabkan oleh rawatan penyakit
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Center Image