- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
161
Pengurus Perkhidmatan Professional
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1616
Perbandingan
Pengurus Cawangan Perkhidmatan Kewangan Dan Insurans
Pengurus Cawangan Perkhidmatan Kewangan dan Insurans merancang, mengawal dan menyelaras cawangan bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan insurans seperti bank, kesatuan kredit dan syarikat insurans bagi satu atau lebih cawangan, atau jabatannya.

Nama Alternatif
Tugasan
memeriksa, menilai dan memproses permohonan pinjaman
menguruskan dan membuat dasar institusi kewangan seperti bank, syarikat amanah, pertubuhan syarikat penyimpanan dan pinjaman, syarikat insurans, dan institusi kewangan yang berkaitan
menentukan prosedur untuk penjagaan dan kawalan aset, rekod, pinjaman, cagaran dan sekuriti untuk memastikan penyimpanan yang selamat
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
menjalankan tugas yang berkaitan
menyediakan penilaian operasi dalam laporan risiko untuk analisis pengurusan
menilai sistem laporan kewangan, prosedur perakaunan dan pemungutan serta aktiviti pelaburan, dan membuat saranan bagi perubahan prosedur, mengendalikan sistem, peruntukan bajet, dan fungsi kawalan kewangan lain
mengemukakan akaun culas kepada peguam atau agensi luar untuk pungutan
menyediakan laporan kewangan dan pengawalaturan yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan, dan lembaga pengarah
meluluskan atau menolak, atau menyelaras kelulusan atau penolakan aliran kredit dan komersil, hartanah, dan pinjaman peribadi
membina rangkaian dalam komuniti untuk mencari dan menarik perniagaan baru
merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti pekerja di cawangan, pejabat, atau jabatan seperti
penubuhan cawangan bank, firma broker, jabatan risiko dan jabatan insurans, atau jabatan kredit
memantau aliran tunai dan instrumen kewangan
Kursus Yang Berkaitan