Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1511-35
Pengurus Pembangunan Perisian
Pengurus Pembangunan Perisian bertanggungjawab untuk mereka bentuk, menyelesaikan masalah dan mengoptimumkan program perisian. Mereka memantau aplikasi, menyelesaikan isu dan menganalisis trend semasa.
1511-36
Pengurus Pembangunan Aplikasi E-Dagang
Pengurus Pembangunan Aplikasi E-Dagang menyokong, dan mengurus kemampuan laman web e-dagang langsung pengguna dan laman web mudah alih.
1511-37
Pengurus Tadbir Teknologi Maklumat
Pengurus Tadbir Teknologi Maklumat mengurus, merancang, mengarah, memantau dan menyelaras pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi.
1511-38
Pengurus Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)
Pengurus Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) mengurus, merancang, mengarah, memantau dan menyelaras pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi.
1511-40
Pengarah Keselamatan Siber
Pengarah Keselamatan Siber menguruskan risiko kerahsiaan, integriti, dan ketersediaan harta intelek dan aset teknologi maklumat. Bertanggungjawab untuk membangun dan melaksanakan polisi, strategi pematuhan keselamatan, dan kepatuhan terhadap keperluan undang-undang dan standard teknologi maklumat.
1511-42
Pengurus Solution Architect
Pengurus Solution Architect mengurus, merancang dan mereka bentuk seni bina sistem untuk memenuhi keperluan perniagaan tertentu. Mereka menguji, menyepadukan dan memprogram sistem perisian untuk memastikan isu perniagaan tertentu diselesaikan.
1511-43
Pengurus Software Architect
Pengurus Software Architect merancang, memimpin dan bertanggungjawab menggunakan kod komputer untuk mereka bentuk dan membangunkan aplikasi perisian, merancang ciri-ciri berbeza program dan menyepadukannya ke dalam sistem yang berfungsi. 
1511-44
Pengurus Data Analisis
Pengurus Data Analisis bertanggungjawab untuk mengawasi pembangunan dan penggunaan sistem data dengan mengenal pasti dan membangunkan cara yang cekap untuk mengatur stor data, dan menganalisis data, dan memberi perhatian kepada keselamatan dan kerahsiaan.
1511-45
Ketua Seksyen Analisis Kegagalan (Sistem)
Ketua Seksyen Analisis Kegagalan (Sistem) bertanggungjawab menjalankan penyiasatan analisis punca masalah sistem. 
1511-46
Pengurus Kandungan (ICT)
Pengurus Kandungan (ICT) mengawasi perancangan, penciptaan dan penerbitan semua kandungan untuk membangunkan kandungan yang bernilai kepada khalayak sasaran. Mereka mengenal pasti atau menapis kandungan yang tidak sesuai, menyinggung atau menyalahi undang-undang di media sosial, ulasan produk pelanggan dan lain-lain.
1511-47
Pengurus Data
Pengurus Data mereka bentuk, membangun dan mengubah suai infrastruktur data untuk mempercepatkan proses analisis dan pelaporan data.
1511-48
Pengurus Sistem Maklumat Pengurusan
Pengurus Sistem Maklumat Pengurusan bertanggungjawab untuk perancangan dan pelaksanaan aplikasi perkakasan dan perisian
1611-01
Pengurus Pusat Asuhan Kanak-Kanak
Pengurus Pusat Asuhan Kanak-Kanak merancang, mengawal dan menyelaras aktiviti perkhidmatan penjagaan kanak-kanak sebelum-sekolah, selepas-sekolah, dan di pusat penjagaan harian.
1612-02
Pengarah Jururawat
Pengarah Jururawat menyelia kakitangan kejururawatan dan keseluruhan operasi kejururawatan kemudahan penjagaan kesihatan. Mereka menilai dan mengarahkan semua pekerja kejururawatan, mewujudkan matlamat untuk jabatan kejururawatan serta mewujudkan dan menguatkuasakan dasar pematuhan penjagaan kesihatan.
1612-10
Pengurus Fitonutrien
Pengurus Fitonutrien memastikan dan merancang penggunaan fitonutrien  yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.  
1612-11
Pendidik Kesihatan
Pendidik Kesihatan mengajar individu dan masyarakat cara menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Mereka mengajar mereka tentang pemakanan dan mengelakkan aktiviti yang tidak sihat.
1612-14
Pentadbir Kemudahan Kesihatan
Pentadbir Kemudahan Kesihatan merancang, mengawal dan menyelaras aktiviti perkhidmatan klinikal dan penjagaan kesihatan masyarakat di hospital, klinik, agensi kesihatan awam dan organisasi seumpamanya.
1612-16
Matron, hospital
Matron, hospital menyelia dan mengetuai pasukan jururawat di hospital atau klinik, dan mereka memastikan pesakit menerima penjagaan yang terbaik. Mereka juga bertanggungjawab untuk kawalan jangkitan dan kebersihan, dan tanggungjawab lain seperti yang diperlukan
1612-17
Ketua Pegawai Klinikal
Ketua Pegawai Klinikal bertanggungjawab untuk menyediakan kepimpinan klinikal, memupuk penjagaan pesakit yang berkualiti tinggi, menyeragamkan protokol klinikal, membangunkan matlamat strategik klinikal dan pembangunan program. 
1612-18
Ketua Pegawai Kesihatan Awam
Ketua Pegawai Kesihatan Awam bertanggungjawab untuk menyediakan kepimpinan perubatan dan kesihatan awam, inovasi, komunikasi dan perancangan, dan menerajui inisiatif program kesihatan awam.
← Kembali