Carian Terkini
Kod MASCO
2424
Bandingkan
Profesional Pembangunan Latihan Dan Kakitangan
Profesional Pembangunan Latihan dan Kakitangan merancang, membangun, melaksana, dan menilai program latihan dan pembangunan untuk memastikan pihak pengurusan dan kakitangan memperoleh kemahiran, dan membangunkan kompetensi yang diperlukan oleh organisasi untuk memenuhi objektif organisasi.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,860
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengenal pasti keperluan dan kehendak individu dan organisasi
menetapkan objektif pembangunan sumber manusia dan menilai hasil pembelajaran
menjalankan tugas yang berkaitan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
memantau dan melaksanakan penilaian dan penaksiran berterusan bagi kualiti dan keberkesanan latihan luaran dan dalaman serta menyemak dan mengubahsuai objektif, kaedah, dan kebolehsampaian latihan
menggalakkan latihan dan pembangunan dalaman dan luaran, dan menilai aktiviti promosi tersebut
menyediakan dan membangunkan bahan dan alat bantu latihan pengajaran seperti buku panduan, alat bantu visual, tutorial dalam talian, model tunjuk cara, dan dokumen rujukan latihan sokongan
berhubung dengan penyedia latihan luaran untuk mengatur penyampaian program latihan dan pembangunan tertentu
mereka bentuk, menyelaras, menyusun jadual, dan mengendalikan program latihan dan pembangunan yang boleh disampaikan dalam bentuk pengajaran perseorangan atau berkumpulan, dan menjadi fasilitator bengkel, mesyuarat, demonstrasi dan persidangan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan